[VIDEO] Celoteh Comel Atok Ini Buat Netizen Belajar Satu Pengajaran Penting Dalam Hidup
Alahai, comelnya atuk ni. :')
Realiti kehidupan sememangnya ada pahit manis, bahagia dan berduka. Inilah kehidupan dunia, penuh dengan ujian.
Memang bernasib baik bagi mereka yang berjaya dalam apa jua yang dilakukan. Namun begitu, setiap manusia pasti mempunyai kisah kegagalan masing-masing dan bagaimana mereka tidak mengaku kalah dan kekal bangkit walaupun sudah terjatuh dan pernah gagal.
Sebab itulah banyak kita lihat diluar sana, mereka yang berjaya pasti sudah mempunyai kisah kegagalan masing-masing dan bagaimana mereka tidak berhenti mencuba sehingga mencapai apa yang diingini.
Ianya merupakan proses pembelajaran bagi setiap individu dan merupakan pengajaran dalam kehidupan seseorang.
Baru-baru ini, sebuah video temu ramah seorang atuk ini telah mendapat perhatian di mana video tersebut berjaya meraih 458k tontonan ketika artikel ini ditulis
Video tersebut telah dimuat naik di laman YouTube BESIHITAM yang mempunyai 17k subscribers. Namun, menurut admin laman YouTube tersebut, klip tersebut sudah diambil kira-kira tiga tahun yang lalu dan kini dikongsikan kembali pada 23 jam yang lalu.
"Klip ni 3 tahun lepas aku ambik..so harini saje nak kongsi dengan korang..part ni memang lucu laa..sebab interview dengan pakcik ni dia ada masalah pendengaran sikit..apa apa pun memang kelakar dan menghiburkan..terbaik pakcik."
Ramai warganet memberi reaksi bahawa atuk ini nampak seperti seorang yang sentiasa bahagia dan tiada masalah. Malah, ramai juga mendoakan kesejahteraan atuk ini.
Namun begitu, di ruangan komen video tersebut, ada juga yang mengatakan bahawa atuk ini sudah pergi menghadap Ilahi. Namun, tiada apa yang boleh mengesahkan perkara tersebut. Apa-apa pun, jika dia sudah tiada, semoga roh arwah atuk ini dicucuri rahmat. Amin.