seismik

"Ada Yang Perit & Mewah" - Lelaki Ini Bongkar Cerita Sebenar Kehidupan Dalam Penjara

Mungkin ramai yang masih belum tahu dan tidak menyangka kehidupan mereka seperti ini.

Cover image via PBS

Persepsi setiap individu mengenai kehidupan di dalam penjara adalah berbeza. Berada di dalam penjara menyekat seseorang daripada merasa kebebasan dunia luar.

Image via Kabarjatim

Namun, hakikatnya setiap banduan tidak akan datang ke penjara secara rela. Mereka adalah pesalah yang dikehendaki pihak berkuasa yang telah melakukan kesalahan undang-undang negara terbabit dan harus dihukum mengikut hukuman yang dikenakan.

Malah, ada juga banduan yang telah berkali-kali masuk ke penjara atas sebab yang sama mahupun berbeza. Mereka masih akan menjalani hukuman dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Pergerakan di dalam penjara juga adalah terbatas tidak seperti di dunia luar.

Jika anda tidak pernah tahu bagaimana sebenarnya kehidupan ketika berada di dalam penjara, baca perkongsian seorang lelaki yang merupakan anak salah seorang pegawai penjara iaitu Khaiartzfar tentang kehidupan sebenar banduan yang berada di penjara.

Banduan mempunyai tujuh kategori dengan warna baju yang berbeza iaitu:

Ini pula merupakan proses sebelum banduan dimasukkan ke dalam sel. Memang sangat teliti termasuklah diperiksa jika banduan mempunyai parut untuk mengelakkan dari pegawai dikenakan tindakan mendera.

Selepas selesai semua yang di atas, untuk lelaki harus merapatkan rambut sama ada nombor 1 dan 2 sebelum memakai baju penjara.

Bagaimana pula nasib banduan wanita yang ingin bersalin?

Selain itu, cara mandi di dalam penjara juga adalah berbeza dengan dunia luar. Semua banduan akan dikawal ketat ketika sedang mandi dan mempunyai cara tersendiri iaitu:

Ini merupakan ciri-ciri tandas bagi penjara lama serta cara untuk banduan membuang air besar:

Jumlah minimum untuk sebuah sel adalah tiga orang kecuali banduan akhir untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku contohnya buli, liwat dan sebagainya

Makan untuk banduan sebenarnya sangat mewah. Lima kali sehari dan WAJIB ada buah.

Perbezaan antara banduan adalah mereka terpaksa hidup di dalam kepungan tembok batu sahaja, selebihnya, mereka adalah sama dengan kita semua yang juga diberi gaji ketika melakukan sesuatu pekerjaan

Lain pula ceritanya untuk banduan akhir. Mereka ditempatkan seorang diri di dalam sel yang mempunyai ruang yang sangat kecil untuk cahaya masuk.

Setelah selesai digantung, leher mereka akan menjadi sebesar dua jari sahaja. Namun, leher mereka tidak akan terluka.

Selain itu, hukuman sebat untuk lelaki dan wanita adalah berbeza iaitu:

Ketika sebatan dilakukan, macam-macam jenis situasi yang perlu dihadapi. Meraung, terkencing, terberak dan sebagainya. Itu sudah menjadi perkara biasa ketika proses itu dilakukan.

Setiap negeri mempunyai penjara yang berbeza aturannya

Tambah lagi, ada juga banduan pra-bebas yang dibenarkan untuk keluar dari penjara sekitar kawasan perumahan kakitangan penjara

Semoga perkongsian di atas dapat menambah ilmu anda semua. :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Antara perkongsian menarik hanya di SAYS SEISMIK:

More stories to read: