seismik

[VIDEO] Fasih Speaking Persis Anak Mat Salleh, Kanak-Kanak Autistik Raih Pujian Warganet

Fluentnya dia speaking.

Cover image via Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Zaman sekarang, ramai kanak-kanak yang fasih berbahasa Inggeris dan mudah untuk belajar speaking kerana wujudnya pelbagai medium dan aplikasi di sekeliling mereka

Namun begitu, ia menjadi lebih menarik jika kanak-kanak istimewa atau autistik yang fasih berbahasa Inggeris ini.

Seperti kisah kanak-kanak perempuan ini yang menjadi perhatian ramai gara-gara percakapannya persis anak Mat Salleh.

Image via Harian Metro

Menerusi laporan Harian Metro, Annur Raisya, 9, merupakan kanak-kanak autistik atau Autism Spectrum Disorder (ASD) walaupun bersekolah di aliran perdana.

Kebolehannya mendapat perhatian selepas ibunya, Raihana Annur Hamzah, 39, memuat naik video di TikTok hingga ramai netizen kagum melihat kepetahan berbicara kanak-kanak berkenaan.

Menurut Raihana Annur, video berdurasi tiga minit itu dirakam untuk pertandingan pidato bahasa Inggeris.

Image via Harian Metro

"Sebenarnya, Annur Raisya bukan menghafal sebaliknya baca teks disediakan, tapi ada (netizen) yang tak baca kapsyen ditulis sampai mengecamnya di ruangan komen.

"Mereka persoalkan sebutan dan tanya kenapa anak Melayu cakap bahasa asing, tapi saya tak kisah kerana ramai juga yang positif serta beri kata semangat," katanya.

Pernah mempunyai masalah speech delay ketika berusia dua hingga tiga tahun

Kini, percakapan Annur Raisya sudah lancar, cuma lebih cenderung bertutur dalam bahasa Inggeris.

"Luarannya dan secara fizikal, Annur Raisya sama macam anak normal, cuma berbeza daripada segi sosial, emosi dan pertuturan.

"Waktu usia dua ke tiga tahun, Annur Raisya cakap guna 'jargon' atau kita panggil bahasa Alien kemudian echolalia iaitu mengulang perkataan yang kita sebut.

"Waktu usianya enam tahun, baru saya dan suami bawa anak pergi terapi carakerja dan kini masih teruskan sebulan sekali di sebuah hospital di Seberang Jaya, Pulau Pinang dan seminggu sekali di pusat swasta," katanya lagi.

Image via Harian Metro

Menurutnya lagi, anaknya boleh menulis dan menjawab ujian mahupun peperiksaan dalam bahasa Melayu.

"Cuma, nak menyebut suku kata dalam bahasa Melayu agak susah baginya, jadi saya dan suami memang cakap bahasa Inggeris dengannya di rumah. Tapi saya dan suami bercakap dengan satu sama lain dalam bahasa Melayu.

"Di rumah anak saya tiada masalah kerana dia pun boleh bermain dengan anak jiran macam biasa, cuma di sekolah saja kerana kebanyakan rakannya bersembang dalam bahasa Melayu," jelasnya.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: