seismik

Lirik Lagu 'APT' Nyanyian Bruno Mars & Rosé Didakwa Bawa Makna & Unsur Tidak Sihat - PHM

Istilah 'APT' membawa maksud 'apartment' dalam bahasa Korea.

Cover image via AllKpop & Rolling Stone

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sejak dilancarkan pada 18 Oktober lalu, lagu hits 'APT' yang dinyanyikan oleh Rose BLACKPINK dan Bruno Mars menjadi halwa telinga satu dunia kerana rentaknya yang catchy dan lirik mudah diikuti

Namun begitu, ramai mula menyuarakan pendapat mengapa lagu tersebut tidak diboikot kerana Bruno Mars merupakan artis yang menyokong rejim Zionis.

Baru-baru ini, Public Health Malaysia (PHM) pula memuat naik satu hantaran di laman Facebook mengenai lirik lagu APT yang didakwa memberi makna dan unsur yang tidak sihat.

PHM 'bedah' lirik APT, dakwa bawa maksud tak baik terutama kepada kanak-kanak

"Adakah anda ada mendengar lagu dengan lirik catchy:

Apateu, apateu

Apateu, apateu

Apateu, apateu?

"Penggunaan istilah 'APT.' atau 'apartment' sebagai simbolik untuk tempat pertemuan dalam konteks menggoda juga memperlihatkan normalisasi terhadap tingkah laku yang bertentangan dengan nilai-nilai budaya timur.

"Apa yang lebih membimbangkan ialah bagaimana lagu ini sering digunakan sebagai muzik latar dalam video-video media sosial, menjadikannya sebahagian daripada kehidupan harian tanpa kita sedari. Anak-anak mungkin menghafal lirik ini tanpa menyedari mesej yang disampaikan.

"Sebagai ibu bapa, pendidik, dan masyarakat, kita harus lebih berhati-hati dan peka terhadap pengaruh budaya barat yang semakin diterima tanpa tapisan," tulisnya.

Image via Rolling Stone

Lihat posting penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: