seismik

Video Menyentuh Hati Ini Tepat Menunjukkan Keindahan Hidup Berbilang Kaum Di Negara Kita

"Hebatnya sebuah negara bukannya kerana individu, tetapi kerana sokongan rakyat yang padu."

Cover image via Better Nation / YouTube

Artikel ini ditaja oleh Better Nation.

Rakyat merupakan tonggak dan asas kepada kemajuan sesebuah negara

Secara amnya, kekuatan rakyat dapat mencorak kepada kejayaan negara hasil daripada perpaduan dan integrasi yang mantap.

Integrasi dikalangan rakyat jelaya merupakan matlamat asas bagi mewujudkan sebuah negara yang gemilang, lebih-lebih lagi negara berbilang kaum seperti Malaysia.

Secara tidak langsung, perpaduan dapat menjamin keselamatan negara, dan kestabilan ekonomi dan politik dalam jangka masa panjang

Hebatnya sebuah negara bukannya kerana individu, tetapi kerana sokongan rakyat yang padu.

Apabila perpaduan dapat dijadikan sebagai satu budaya masyarakat, kita akan dapat mewujudkan bangsa Malaysia yang berjaya dan mencapai matlamat terulung negara.

Setiap hari, kita memiliki harapan untuk melihat hari ini yang lebih bermakna daripada sebelumnya

Setiap langkah rakyat adalah langkah untuk negara. Dengan harapan dan impian yang besar di dada, langkah setapak demi setapak setiap hari bertujuan bagi mencapai kemajuan serta kemakmuran.

Dan ingat, langkah anda tidak keseorangan kerana setiap impian kehidupan anda adalah impian kita semua.

Kerajaan telah banyak perkenalkan inisiatif yang menumpukan kepada usaha memperkasa dan menaik taraf kehidupan rakyat. Antaranya:

1. Perumahan PR1MA

Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana.

Dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000, rakyat kini mampu memiliki kediaman di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh negara. Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia.

Image via thesundaily

2. Projek MRT

Projek KVMRT melibatkan pembinaan jaringan pengangkutan awam berasaskan rel yang akan berintegrasi dengan sistem-sistem transit aliran ringan (LRT), monorel, KTM Komuter, KLIA Ekspres, dan KLIA Transit.

MRT membawa penumpang mencecah kira-kira 150,000 orang setiap hari dan dapat membantu mengurangkan kesesakan jalan raya di kawasan Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang.

3. Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL)

Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) merupakan sebahagian daripada pelaburan dan kerjasama bernilai RM144 bilion.

Ia dikenalpasti sebagai projek infrastruktur berimpak tinggi yang akan menjadi pencetus pertumbuhan ekonomi di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang merangkumi kawasan seluas lebih 66,000km persegi sepanjang Pantai Timur.

Image via nst.com.my

4. Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET)

Technical and Vocational Education and Training (TVET) adalah tindak balas kerajaan untuk menangani 62% perniagaan Malaysia yang sedang bergelut untuk mencari pekerja mahir. Sistem ini memberi tumpuan kepada penghasilan pelajar yang profesional, sangat kompeten dan sangat dicari oleh industri.

Dengan wujudnya TVET, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) melalui Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) dapat menawarkan latihan amali serta praktikal bagi menyediakan golongan belia dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk terus menyertai kerjaya terpilih setelah tamat pengajian.

Image via mohe.gov.my

5. MAMACARE

Program MamaCare bermula pada tahun 2012 dengan tujuan untuk meningkatkan kesejahteraan wanita dan keluarga melalui pemerkasaan ekonomi wanita. Antara lain tujuan program ini lalah melatih wanita warga emas dan ibu tunggal terutama daripada kumpulan Low Income Household (LIH) menjana pendapatan keluarga melalui Perkhidmatan Penjagaan Holistik Ibu Selepas Bersalin secara tradisional dan moden.

Program latihan kapasiti ini juga merupakan salah satu inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsan (NBOS)iaitu 1Malaysia Women’s Initiative for Self-Empowerment (1MWISE) dan juga merupakan kerjasama (Smart Partnership) di antara Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Eduskill dan Persatuan Warisan Urutan Melayu Malaysia (HAMA).

Image via kabarnesia

6. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

Pemberian BR1M mula diperkenalkan pada tahun 2012. Ia memberi manfaat 4.7 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang dari seluruh Malaysia.

Ia adalah sebuah polisi pembayaran untuk isi rumah berpendapatan RM4,000 dan ke bawah atau individu bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan. Peserta di bawah program eKasih dengan pendapatan RM1,500 dan ke bawah akan turut menerima BR1M.

Image via Malaysia Impact

7. Kuala Lumpur-Singapore High Speed Rail (HSR)

Idea Lebuhraya Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dimulakan melalui Program Transformasi Ekonomi untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi. Projek ikonik ini akan merangkumi 7 buah stesen di Malaysia dan sebuah stesen di Singapura.

Orang ramai bakal menikmati pengalaman perjalanan yang selesa, canggih, dan lebih pendek yang hanya memakan masa 90 minit dari KL ke Singapura. Projek ini akan mendorong kepada pembangunan sosio-ekonomi di Kuala Lumpur dan bandar-bandar perantaraan di sepanjang koridor HSR, bermula dengan kluster-kluster ekonomi yang berpusat di setiap stesen. 

8. Lebuhraya Pan Borneo

Pan Borneo Sabah merupakan lebuhraya bertaraf dunia, yang tidak bertol sepanjang 2,294 kilometer. Projek ini bertujuan untuk menghubungkan Sabah dengan Sarawak dan Brunei serta Kalimantan dalam lingkaran lebuhraya yang terbesar di kawasan itu.

Pembinaan lebuh raya ini akan menjadikan perjalanan yang lebih selesa dan selamat melintasi negeri, menghubungkan 6.6 juta penduduk, pada masa yang sama dapat menggalakkan pembangunan infrastruktur dan ekonomi untuk kawasan-kawasan yang dihubungkan. Lebuh raya ini dianggarkan siap pada tahun 2023.

Image via Better Nation

Ketahui lebih mendalam tentang usaha kerajaan dalam membina dan membangunkan negara Malaysia menerusi laman web Better Nation

Better Nation, Membina Kehidupan Bermakna:

Laman web rasmi | Facebook | Instagram | Twitter | YouTube

Ingin tahu keputusan terkini #PRU14? Ikuti laman ge14.says.com dan dapatkan keputusan secara langsung bagi semua kerusi secara pantas dan tepat!

Image via SAYSGE14

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Dapatkan segala info mengenai #PRU14 DI SINI:

Pertama kali mengundi? Lihat video ini:

You may be interested in: