Kalau Anda Daftar Sebagai Pengundi Pada 2018, Anda Tak Layak Mengundi Dalam PRU14
Daftar pemilih yang akan digunakan adalah sehingga suku keempat tahun 2017.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata mereka yang mendaftar sebagai pengundi pada 2018 tidak layak untuk mengundi dalam PRU14 akan datang pada 9 Mei
Pengarah SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah menjelaskan bahawa daftar pemilih yang akan digunakan untuk PRU14 adalah sehingga suku keempat tahun 2017.
Menurutnya, pemilih berdaftar yang direkodkan setakat tahun 2017 adalah seramai 14,940,624 orang.
Perkara itu kemudian disahkan oleh jurucakap SPR kepada Malaysiakini
"Ini kerana (daftar pemilih untuk) suku pertama 2018 belum digazetkan.
"Proses pameran dan bantahan juga belum dijalankan," katanya.
Awal tahun ini, SPR menggesa rakyat Malaysia yang mendaftar pada 1 Januari hingga 31 Mac hanya layak mengundi jika PRU14 diadakan selepas pertengahan Mei
Walaupun pendaftaran pengundi boleh dilakukan pada bila-bila masa, daftar pemilih hanya dikemaskini sekali setiap tiga bulan. Di samping itu, ia biasanya mengambil masa enam hingga lapan minggu untuk SPR mengesahkan kemas kini setiap suku tahun.
Oleh itu, mereka yang mendaftar pada suku pertama tahun 2018 hanya akan mempunyai nama mereka ditambah ke senarai pemilih pada suatu masa antara pertengahan hingga akhir bulan Mei, lapor The Star.
Jika anda tidak pasti sama ada nama anda telah dimasukkan ke dalam daftar pemilih PRU14, anda boleh menyemak status pengundian anda di laman web SPR
Sebagai alternatif, anda juga boleh menyemak status anda melalui aplikasi mudah alih MySPR Semak, melalui SMS ke 15888, atau dengan menghubungi talian 03-8892 7018 dari 16 April dan seterusnya.