[VIDEO] Mat Luthfi Mencuit Hati Dengan Video 'Buat Kepala' MH370 Khas Untuk Netizen
Memandangkan Malaysia waktu ini sedang dilanda pelbagai isu, maka kemunculan semula Mat Luthfi dilihat cukup sesuai untuk meredakan suasana yang sedang tegang buat seketika.
Video Mat Luthfi kali ini memfokuskan kepada sikap masyarakat yang kononnya terlalu arif dan lebih tahu terhadap sesuatu isu
Keseluruhan video ini menyaksikan Mat Luthfi menegur atau dalam erti kata lain menyelar golongan manusia yang berlagak pandai mengenai sesuatu isu walaupun pada hakikatnya pengetahuan mereka cumalah sebesar zarah.
ohbulan.comMenurut Mat Luthfi, 'Buat Kepala' ialah orang yang tak tahu pasal sesuatu isu tapi dia berlagak macam dia tahu
Bila ada isu agama, dialah pak mufti, dialah tok khatib, dialah imam besaq yang dok bawak keluaq fatwa
Bila ada isu bola, dialah yang paling sembang kencang sekali… kencang daripada bola Ibrahimovic
"Saya pernah mewakili sekolah peringkat daerah saya nampak benda ni daripada atas, daripada overall. Saya tahu David Moyes tak faham. Saya faham."
"Mesti salah sorang daripada diorang ni curang, mesti main kayu tiga. Yela kalau tak takkanla berentakkan sampai macam ni."
Bila ada isu kapal terbang hilang, dia dok sembang serupa dia pilot bertauliah yang pernah mendaratkan jet di atas matahari
Mengambil contoh insiden kehilangan pesawat MH370, entah mengapa secara tiba-tiba ramai pula masyarakat yang tidak mempunyai kepakaran khusus di dalam bidang ini tampil mengeluarkan hujah dan teori yang kononnya masuk akal dengan alasan ingin membantu.
ohbulan.com"Kemudian kebetulan keluarga saya sedang bercuti di pantai ini, keluarga saya nampak kapal terbang tu turun balik ke bawah"
Mat Luthfi turut menerangkan perbezaan antara 'concern' dengan 'buat kepala' serta memberi pesanan bernas mengenai isu MH370