seismik

Sudahlah Dicemuh, Fareeda Kini Adakan Pertandingan Video "Serangan Ganas SweetLuv Fareeda"

Fareeda... Nyata Jelita!

Cover image via freemalaysiatoday.com

Baru-baru ini, video 'serangan ganas' orang ramai terhadap butik tudung ternama di Malaysia, Fareeda telah menjadi sangat viral di laman sosial Facebook

Hari ini, apabila log in sahaja Facebook, kebanyakan status pengguna FB menceritakan mengenai video-video 'serangan ganas' tersebut yang disifatkan sangat memalukan.

Video yang diberi nama 'Serangan Ganas Sweetluv Fareeda' itu sehingga kini telah mendapat sebanyak hampir 250,000 tontonan dalam masa dua hari sahaja

Dalam video berkenaan, orang ramai kelihatan berhimpit-himpit, menjerit-jerit, dan bercampur antara lelaki dan perempuan untuk mendapatkan nombor giliran masing-masing.

Jika video dimainkan sambil mata tertutup, memang tak dinafikan kedengaran betul-betul seperti satu rusuhan besar sedang berlaku. Sangat tak disangka-sangka, hebat betul penangan FAREEDA ini.

Sejurus video itu dimuatnaik, kebanyakan orang ramai menghentam kejadian tersebut dengan memberikan komen-komen negatif.

Malah, satu video yang mendapat perhatian ramai adalah video yang memperlihatkan Pengarah Fareeda Global Resources Sdn Bhd, Mawar Abdul Karim bersama suaminya Fizo Omar yang kelihatan gembira dengan situasi tersebut

"Tak tau dah nak kata apa, suara pun dah tak dak" - Mawar Abd Karim

Apa yang dikesalkan lagi, layanan dan jawapan yang diberikan oleh admin page FAREEDA..Nyata Jelita apabila ditujukan soalan disifatkan agak kebudak-budakan dan berlagak

Dalam masa yang sama, selebriti terkenal Wardina Saffiyah memberi respon terhadap isu tersebut dan sedikit sebanyak memberi pandangan peribadinya melalui Facebook

"Janganlah merendahkan dan melayan pembeli anda seperti kambing atau lembu." Kata Wardina.

Kelihatan orang ramai bersetuju dengan kenyataan Wardina yang berunsur teguran dan nasihat itu.

Tetapi apa yang lebih mengejutkan, satu pertandingan video
"SERANGAN GANAS SWEETLUV FAREEDA" telah dibuat yang mana menawarkan hadiah berupa wang ringgit dan sehelai tudung eksklisif Fareeda

Tak sangka, ingatkan bila sudah dikutuk teruk, pihak mereka akan mengambil langkah memperbetulkan keadaan tetapi lain pula jadinya.

Seperti biasa, netizen yang sudah dari awal memberi pandangan negatif kepada pengurusan syarikat ini, lagi-lagi kepada admin page tersebut, menempelak idea pertandingan video tersebut.

Apa pandangan anda?

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sudah baca?

You may be interested in: