seismik

6 Kenyataan 'Makan Dalam' Adik Neelofa Tentang Sekolah Kerajaan Yang Dikecam Ramai

Pengajarannya, fikir dulu sebelum berkata-kata.

Cover image via Instagram @littlemisskhan

Sekadar niat memberi pandangan, adik kepada Neelofa yang mesra dipanggil Ameera, dimarahi dan dikecam netizen apabila dia membuat satu video yang membandingkan sekolah kerajaan dengan international school

Video yang diberi tajuk 'Q&A | Education' itu telah dimuat naik di akaun YouTube miliknya pada 20 Februari lepas dan telah mendapat sebanyak lebih 45 ribu tontonan.

Pada kami, berikut adalah beberapa kenyataan "pedas" dari Ameera yang menyebabkan dia dikritik hebat di laman sosial:

1. Sekolah kerajaan hanya memberi tumpuan kepada sejarah Malaysia, budaya Malaysia dan semua tentang Malaysia. Pelajar-pelajar tidak mendapat peluang untuk belajar mengenai negara lain.

Image via SAYS

2. Guru-guru di sekolah kerajaan tidak berkelayakan seperti guru-guru di international school

Image via SAYS

3. Mengikut pengalaman saya, mereka (guru sekolah kerajaan) membuat kerja secara "cincai"

Image via SAYS

4. Setiap kali saya pergi ke tandas, ia tidak pernah bersih. Lantai sentiasa basah, dan tisu bersepah di merata-rata tempat.

Image via SAYS

5. Guru-guru di sekolah kerajaan sering bergantung kepada gred untuk mengukur tahap kecerdikan pelajar mereka

Image via SAYS

6. Sistem pendidikan Malaysia gagal dan mereka tidak perlu memperbaikinya. Tetapi menggantikannya dengan sesuatu yang bernilai kepada pelajar.

Image via SAYS

Mungkin tidak seperti yang dijangkakan Ameera, ternyata video tersebut menerima banyak komen negatif dari netizen

Setelah video itu menjadi viral dan dikecam hebat oleh ramai pihak, Ameera akhirnya tampil dengan memberi ucapan maaf

littlemisskhan: I'd like to apologize to anyone who was offended by my recent video about education on Youtube, as I had no intention whatsoever to hurt you in any way. Everything I said was based on my experience and what I observed, as mentioned in the video. I was only comparing, I didn't mean to bash or anything. I think I had the right to express my opinion on the question that was asked and you had your rights to comment, agree, or disagree with the opinion. You guys have been updating me with so many comments, tweets and such which made me realize how much you actually care by spreading awareness for me to become better. I thank all of you for that. I've forgiven everyone who have said various things to me, and I deeply apologize to everyone I've offended. I will be extra careful with my next videos. And again, I'm sorry.

Ucapan maaf itu dibuat oleh Ameera menerusi akaun Instagram miliknya.

Video tersebut juga telah dibuang pada akaun YouTube miliknya. Bagaimanapun ia masih lagi aktif ditonton di laman Facebook.

Ikuti video penuh di sini:

Adik Neelofa ni kena kecam teruk netizen sbb kutuk dan hina Sekolah2 Kerajaan...lain kali fikir 10 kali sblm buat video kontroversi mcm ni. Adoi malu sendiri jadinya :(

Posted by Ceritakosong on Tuesday, 23 February 2016

Benarlah kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata badan binasa. Anda rasa bagaimana?

Entahlah...

Image via giphy.com

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baru-baru ini, Neelofa menyambut ulangtahun kelahirannya dengan kek bernilai RM6,000. Baca SINI:

Tonton lebih banyak cerita berkaitan video viral yang menarik di bawah:

You may be interested in: