seismik

[VIDEO] Tak Sempat Membaca, Gadis Terbeli Earphone Panjang Sampai 5 Meter Ini Bikin Dekah

Tak digalakkan pakai masa tidur.

Cover image via @juiceeee.eeee (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Earphone merupakan satu keperluan terutamanya buat pelajar universiti

Mana tidaknya, earphone akan selalu digunakan pelajar untuk mendengar lagu ketika study atau membuat assignment.

Kini, selari dengan perkembangan teknologi, telah muncul pelbagai jenis wireless earphone. Walaupun begitu, rata-rata pelajar dilihat masih selesa menggunakan earphone jenis lama

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang gadis terbeli earphone yang panjangnya 5 meter telah menghiburkan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah: 

Bila balik baru perasan tali earphone panjang sampai 5 meter

Menerusi video yang dikongsi oleh @juiceeee.eeee, kelihatan seorang gadis sedang menunjukkan kotak earphone 5 meter yang dibelinya. 

Kemudian dia menunjukkan betapa panjangnya 5 meter tersebut. Memang panjang betul, dari pintu sehingga ke hujung bilik tali earphone tersebut.

Difahamkan, gadis tersebut agak rushing semasa membeli earphone tersebut sehingga dia tidak perasan 5 meter yang ditulis di kotaknya. 

"Nasib baik lima meter je, kalau lima kilometer, tidak ke sampai ke kampung sebelah" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.1M views, 132.5K likes serta 1.3K comments di TikTok.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat panjang earphone tersebut.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Boleh tinggal phone dalam bilik lepas itu pergi dapur memasak sambil dengar lagu pun tak ada hal lah :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: