seismik

[VIDEO] Ibu & Ayah Ini Terharu Bila Anak Beritahu Dapat Dua Tawaran Daripada Ivy Leagues

Alhamdullilah.

Cover image via @alif_masron (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jika anda memasang niat untuk belajar di luar negara, pasti anda sudah tidak asing lagi dengan isitilah Ivy League bukan?

Bagi yang tidak tahu, Ivy League merupakan institusi pendidikan yang mempunyai lapan universiti terbaik di dunia yang terletak di negara Amerika.

Ivy League juga merupakan simbol yang menandakan kesempurnaan dan elit dalam dunia akademik. Jadi, bukan calang-calang pelajar dapat ditempatkan di universiti-universitinya.

Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter berkenaan seorang pemuda yang menerima tawaran daripada dua universiti Ivy Leagues telah membuatkan ramai terharu.

Lihat video penuh itu di bawah:

Video call ibu dan ayah untuk beritahu dapat tawaran dari dua univerisiti Ivy Leagues

Menerusi video yang dikongsi oleh @alif_masron, kelihatan seorang pemuda membuat video call untuk memberitahu kedua ibu dan bapanya berita gembira.

Dia telah menerima tawaran daripada dua universiti Ivy Leagues iaitu Columbia University dan Wharton School of the University of Pennsylvania. Pemuda tersebut dilihat tidak dapat menahan sebak semasa menyampaikan berita itu.

Kedua-dua ibu bapa, abang dan juga neneknya kedengaran sangat gembira dan terharu. Mereka tidak putus-putus mengucapkan tahniah kepadanya.

"As a mother of a son, I cried together with your ibu. She kept asking 'are you happy?' I cried at that part because happiness is everything a mom hopes for her children. Fly high young man!" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berasa sebak melihat situasi tersebut. Malah, ada juga yang mendoakan kejayaan pemuda itu. 

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 277.7K views, 11.5K likes dan 2.8K retweets di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Tahniah! Admin doakan supaya awak kekal berjaya dan dapat banggakan kedua ibu bapa lagi pada masa akan datang :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: