Member Masuk Air Bagi Pelbagai Hadiah Kahwin, Tapi Yang Terakhir Pula Jadi Perhatian
Yang last tu tak tahan.
Cover image via @haziqzikri1 (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pemberian hadiah perkahwinan sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita
Selalunya, kawan-kawan atau saudara-mara pengantin akan memberikan perkakas dapur seperti set pinggan-mangkuk, airfryer dan peralatan memasak. Hal ini untuk memudahkan pengantin menjalani kehidupan mereka yang baru.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sepasang pengantin baru menerima pelbagai hadiah perkahwinan yang lain daripada lain telah mencuit hati ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Member masuk air bagi hadiah baju tidur seksi
Menerusi video yang dikongsi oleh @haziqzikri1, kelihatan sepasang pengantin baru sedang bersanding di atas pelamin.
Terdapat juga beberapa orang rakan-rakan pengantin lelaki sedang bergilir-gilir memberi hadiah perkahwinan kepada mereka berdua.
Hadiah-hadiah yang diberikan memang pelbagai jenis seperti kuali, penyapu, penyodok dan macam-macam lagilah. Namun, apa yang lebih melucukan adalah hadiah terakhir yang diberikan merupakan baju tidur seksi.
Image via @haziqzikri1 (TikTok)
"Walaupun dia gurau kasar tetapi itulah kawan sejati" – Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.4M tontonan, 96K tanda suka dan 2.2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat hadiah baju tidur seksi yang diberikan kepada pengantin tersebut.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @haziqzikri1 (TikTok)
Image via @haziqzikri1 (TikTok)
Image via @haziqzikri1 (TikTok)
Image via @haziqzikri1 (TikTok)
Image via @haziqzikri1 (TikTok)
Image via @haziqzikri1 (TikTok)
Aduhai, sakit perut gelak. Macam-macam betul ya hadiah kahwin pengantin baru ni dapat :'D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022
