seismik

"Overprotective" - Gelagat Dua Spiderman Tolong Mak Cik Melintas Ini Jadi Perhatian

Spiderman Malaysia.

Cover image via @azharpenjualjalanan (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bagi yang mengikuti siri filem Marvel, pastinya sudah mengenali watak superhero, Spiderman bukan?

Bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa juga meminati Spiderman kerana wataknya yang gagah dan lincah.

Jadi tidak hairanlah jika segelintir peniaga atau peminta sedekah suka memakai kostum Spiderman untuk menarik perhatian ramai.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan dua orang lelaki yang memakai kostum Spiderman membantu seorang mak cik melintas jalan telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah: 

Salah seorang Spiderman overprotective tolong mak cik melintas

Menerusi video yang dikongsi oleh @azharpenjualjalanan, kelihatan dia sedang merakam seorang mak cik yang ingin melintas jalan di hadapan kedainya. 

Terdapat juga dua orang Spiderman berada di situ membantu mak cik tersebut melintas. Apa yang lebih melucukan adalah apabila salah seorang Spiderman itu bertindak overprotective semasa membantu mak cik tersebut. 

Situasi ini nampak lucu kerana memang lumrah seorang Spiderman untuk menyelamatkan orang awam seperti di dalam filem. 

"Siapakah kau disebalik topeng itu, muncul lah kau! Terbaik, semoga dipermudahkan urusan kalian" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat situasi di mana dua Spiderman membantu mak cik melintas tersebut. 

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 3.3M views, 265.3K likes dan 4K comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Ini baru betul your friendly neighbourhood Spiderman! Terbaik :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: