[VIDEO] Layan Cucu Buat Trend TikTok, Gelagat Comel Atuk Ini Raih Perhatian Netizen
Steady atuk!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Hari Raya tahun ini disambut dengan meriah selepas dua tahun kita beraya dengan wabak Covid-19
Ramai yang tidak melepaskan peluang untuk membuat trend TikTok bersama ahli keluarga dan sanak-saudara. Hal ini secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturahim dan juga kemesraan sesama sendiri.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang gadis yang membuat trend TikTok 'Marry Me' bersama datuknya telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Atuk tidak kekok langsung buat trend TikTok
Menerusi video yang dimuat naik oleh @c1ntakuu, kelihatan dia bersama datuknya sedang membuat trend TikTok 'Marry Me'.
Trend ini di mana si penerima duit raya perlu menutup muka tanda malu dan si pemberi pula perlu membuat ekspresi tidak kisah.
Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila datuknya yang menjadi penerima duit raya itu langsung tidak kekok dan pandai membuat trend tersebut.
"Serious lah, sporting atuk!" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2.2M tontonan, 301.1K tanda suka dan 4.3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memuji kecomelan atuk tersebut membuat trend TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!