seismik

Penangan Raya Huru-Hara Sampai Lupa Angkat Tudung Dekat Kereta Ini Buat Ramai Terhibur

Betul-betul hurry raya ni!

Cover image via @usernnadd (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti umum tahu, tahun ini kita semua beraya dalam keadaan huru-hara

Mana tidaknya, seluruh Malaysia terkejut dengan pengumuman raya yang diberitahu sehari sebelum. Memang ramai yang kelam-kabut membuat rendang, membeli baju raya dan macam-macam lagilah. 

Sama seperti video di TikTok ini yang memaparkan ada orang terlupa mengangkat tudung di kereta pada malam raya telah menghiburkan hati netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

Kalut sangat sampai terlupa angkat tudung yang dijemur

Menerusi video yang dikongsi oleh @usernnadd, kelihatan dia merakam sebuah kereta Myvi yang sedang bergerak menuju ke destinasi yang tidak dikenal pasti.

Namun, apa yang lebih melucukan adalah apabila terdapat sehelai tudung yang dijemur di belakang kereta tersebut.

Agaknya pemilik kereta tersebut terlupa nak mengangkat tudung yang dijemurnya kerana kalut sangat hendak membuat persiapan hari raya. 

"Hahaha seronok tudung dapat ronda-ronda" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat situasi lucu tersebut. 

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 1.7M views, 154.8K likes dan 4.9K comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai, macam-macam hal ya. Tak pasal-pasal Myvi tu dah bertudung malam raya :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: