“Comel” - Gelagat Budak Perempuan Menari Dengan Stranger Ini Curi Tumpuan Netizen
Pantang dengar muzik ya!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tidak dinafikan bahawa kanak-kanak memang suka menari dan tidak kisah nak berjoget depan ramai orang
Menari bukan sahaja dapat meningkatkan fleksibiliti, kekuatan fizikal dan stamina, malah dapat juga menggembirakan hati kanak-kanak. Kita yang melihat mereka menari ini pun boleh terikut seronok.
Sama seperti video yang tular ini memaparkan gelagat seorang kanak-kanak perempuan menari bersama lelaki yang tidak dikenalinya telah menghiburkan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Selamba menari dengan lelaki yang tidak dikenali
Menerusi video yang dikongsi oleh @nurynanaqi_11, kelihatan seorang wanita bersama anaknya sedang berada di sebuah arcade yang tidak dikenal pasti.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila anaknya itu tiba-tiba berlari dan selamba menari bersama seorang lelaki yang tidak dikenali di situ.
Wanita itu cuba menghalang anaknya, namun dia tetap meneruskan menari bersama lelaki tersebut.
"Ni kalau anak aku nampak, mesti automatik join sekali. Anak aku pun pantang dengar muzik terus nak berjoget" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat comel budak perempuan tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 2.1M views, 112.4K likes dan 910 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!