seismik

[VIDEO] Buat Content Kejut Bangun Sahur, Sekali Gelabah Tertampar Muka Suami Kuat Sangat

Harap akak tak tidur luar.

Cover image via @osza.best (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bangun sahur merupakan antara perkara sunat tetapi sukar dilakukan oleh segelintir umat Islam

Bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa juga dilihat susah untuk bangun sahur. Memang pelbagai cara akan digunakan oleh tukang pengejut sahur untuk kejut mereka yang susah bangun ini. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang wanita membuat content cuba mengejut suaminya bangun sahur telah mencuri tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Gelabah bila tertampar muka suami kuat sangat

Menerusi video yang dimuat naik oleh @osza.best, kelihatan seorang wanita sedang membuat content "Bila Dah 10 Kali Kejut Sahur" bersama suaminya.

Dia telah menggunakan cara menampar wajah suaminya untuk kejut bangun sahur. Namun, tamparan itu pula nampak sangat kuat sehingga merah pipi suaminya. 

Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila wanita itu dilihat gelabah dengan reaksi suaminya yang terkejut dengan tamparan tersebut. Dia pun terus memujuk suaminya kerana rasa bersalah menampar dengan kuat. 

"Cadangan yang bagus saya nak buat dekat suami sebab dia memang payah nak bangun sahur" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur apabila melihat video tersebut. Malah, ada juga yang berseloroh ingin mencuba teknik kejut bangun sahur yang sama kepada pasangan mereka. 

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 592.4K views, 31.5K likes dan 620 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kalau macam ni lah cara kejut bangun sahur, mesti automatik bangun lepas tu tak tidur dah sampai berbuka :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: