Lelaki Kongsi Antara Aktiviti Persiapan Raya Paling Penat Ini Cetus Perbualan Netizen
Memang penat.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Setelah penat sebulan berpuasa, pasti kita semua tak sabar nak menyambut hari raya bukan?
Ramai di antara kita yang sudah mula membuat persiapan hari raya seperti membuat kuih, memasang langsir dan mengemas rumah. Aktiviti persiapan raya ini memang penat tapi apalah nak dibandingkan dengan kegembiraan menyambut Syawal tiba.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang lelaki yang berkongsi aktiviti persiapan raya paling penat telah mencetuskan perbualan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Penat bila kena leraikan daging untuk buat serunding
Menerusi video yang dimuat naik oleh @bidinalcarderk, kelihatan seorang lelaki sedang membantu ibunya membuat persiapan hari raya.
Dia kemudian berkongsi bahawa antara aktiviti persiapan raya paling penat perlu dilakukan adalah apabila ibunya menyuruh meleraikan daging untuk membuat serunding.
Lelaki tersebut sempat bertanya kepada orang ramai di ruangan kapsyen, apakah aktiviti persiapan raya paling penat yang mereka hadapi. Hal ini secara tidak langsung telah mencetuskan perbualan mengenai topik ini sesama netizen.
"Weh aku sorang saja ke kena tumbuk kelapa sampai pecah minyak jadi kerisik? 4 kg kerisik!" - Netizen
Kesian semua penat ya buat persiapan raya. Bagi admin pula, paling penat mesti bila kena cuci pinggan. Lenguh kaki! :')
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!