seismik

"Kena Balik" - Suami Cuba Bahan Isteri, Tapi Sekali Dia Menjawab Terus Senyap Tak Terkata

Jangan mula bang!

Cover image via @_miz.jannah (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum sedia maklum, perkahwinan merupakan ikatan suci antara pasangan iaitu lelaki dan perempuan

Dalam perhubungan ini, terdapat satu stereotaip yang mengatakan suami akan selalu kalah dengan isteri. Hal ini kerana, isteri akan sentiasa mempunyai idea yang banyak untuk menjawab jika bertengkar dengan suami.

Sama seperti video yang tular di TikTok ini berkenaan seorang lelaki yang cuba membahan isterinya tetapi dibahan balik ini telah menghiburkan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah: 

Cuba nak membahan isteri makan tak berhenti, tapi lain pula jadinya bila dia menjawab

Menerusi video yang dimuat naik oleh @_miz.jannah, kelihatan seorang lelaki bersama isterinya sedang mendengar ceramah di dalam bilik. 

Terdapat sepotong ayat di dalam ceramah tersebut yang mengatakan wajib untuk makan dan minum dua kali sahaja sehari sehingga kenyang. Lelaki tersebut pula dengan berani terus membahan isterinya suka makan tidak berhenti. 

Tak tahan kena bahan, si isteri bertindak mengungkit kembali kesalahan suaminya itu yang meninggalkan kereta di bengkel selama 10 bulan. Dia dilihat terdiam dan cuba untuk menutup mulut isterinya daripada terus bercakap. 

"Dia baru counter dengan satu point saja dah critical damage. Ada banyak lagi points terpendam dalam hati dia tu" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat situasi suami kena bahan balik oleh isteri tersebut. 

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 1.1M views, 75.7K likes dan 556 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Abang kena sediakan backup points siap-siap, barulah tak kalah. Fighthing! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: