seismik

[VIDEO] “Plot Twist” - Wanita Baru Nak Kenakan Scammer, Sekali Terciduk Bila Diajak Kahwin

Siapa yang kena scam ni?

Cover image via @wazlinrashidd (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sama ada sedar atau tidak, kita semua pernah cuba ditipu scammer, sekurang-kurangnya sekali dalam kehidupan

Jadi, masyarakat sudah mula peka dan dapat membaca taktik mereka. Hal ini, menyebabkan wujudnya pelbagai cerita lucu mengenai segelintir masyarakat yang mengenakan kembali scammer.

Tidak terkecuali bagi video yang tular di TikTok ini yang memaparkan seorang wanita cuba untuk mengenakan seorang scammer tetapi lain pula jadinya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah: 

Scammer terus ajak kahwin lepas kantoi salah tipu nombor kad pengenalan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @wazlinrashidd, kelihatan seorang wanita sedang cuba untuk mengenakan seorang scammer yang menyamar sebagai pengawai Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Pada mulanya, semuanya berjalan secara lancar. Walau bagaimanapun, wanita itu telah kantoi cuba menipu si scammer apabila dia diminta memberikan nombor kad pengenalan. 

Namun, apa yang menghiburkan ramai adalah apabila scammer tersebut pun sedar dirinya sedang dikenakan dan terus mengajak wanita itu berkahwin. Hal ini, membuatkan wanita itu terdiam dan tidak dapat menyembunyikan reaksi terkejutnya dengan ajakan tersebut.

"Kita pun terkejut awak, bila dia ajak kahwin. Lain macam betul scammer sekarang" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat 891.9K tontonan, 51.2K tanda suka serta 1.3K perkongsian di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat wanita itu tidak jadi mengenakan scammer tersebut. 

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Untung betul akak ni, niat nak kenakan scammer sekali terjumpa jodoh pula :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: