"Keliru" - Pemuda Yakin Lukis Misai Dekat Muka Guna Permanent Marker Ini Bikin Dekah
Nasib baik boleh pakai mask!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Terdapat dua jenis marker yang sering digunakan oleh kebanyakan orang
Marker jenis whiteboard mudah di padam dan selalu digunakan untuk menulis di atas papan putih. Namun, sebaliknya pula bagi marker jenis permanent. Jika terkena kulit, kesannya memang sangat sukar untuk dihilangkan.
Baru-baru ini, tular sebuah video mengenai seorang pemuda yang melukis misai menggunakan marker jenis permanent telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Confident lukis misai guna permanent marker
Menerusi video yang dikongsi oleh @kazeohiro, kelihatan dia sedang merakam permanent marker di dalam sebuah kereta.
Kemudian dia mengalihkan kamera dan merakam wajah rakannya yang mempunyai misai hasil daripada dilukis menggunakan permanent marker tersebut.
Rakannya itu sempat mempertahankan dirinya sambil berkata,"aku ingat whiteboard, aku tak tahu, mak aku bukan cikgu".
"Lukis balik pakai whiteboard marker bang, lepas itu padam. Cikgu saya pernah buat macam tu" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat situasi lucu tersebut. Malah, ada juga yang turut berkongsi solusi untuk menghilangkan kesan permanent marker itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 528.1K views, 61.7K likes dan 592 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!