seismik

"Malu 7 Keturunan" - Baru Nak Tunjuk Aksi Gempak, Sekali Boleh Pula Terjatuh Dalam Kolam

Tak pasal-pasal dapat malu.

Cover image via @ammor01 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Dalam kehidupan ini, pasti sekurang-kurangnya sekali kita pernah berada dalam situasi yang memalukan bukan?

Bayangkan kita terjatuh dalam longkang di hadapan ramai orang, memang masa tu rasa macam nak hilangkan diri dari bumi ini terus. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang remaja lelaki yang terjatuh ke dalam kolam di tempat awam telah membuatkan ramai terhibur.

Lihat video penuh itu di bawah:

Dapat malu jatuh dalam kolam lepas tunjuk aksi imbang badan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ammor01, kelihatan seorang remaja lelaki sedang merakam rakannya membuat aksi imbang badan yang kononnya nampak gempak di tepi sebuah kolam. 

Namun, apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila semasa membuat aksi tersebut dia hilang kawalan dan terjatuh ke dalam kolam tersebut. 

Hal ini membuatkan dia bersembunyi dan terus mengajak rakan-rakannya masuk ke dalam kereta dan pulang kerana malu. 

"Sebelum buat rasa gempak gila aku. Dah masuk air, pergh gempak gila aku malu" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini mendapat sehingga 3.7M tontonan, 457.9K tanda suka dan 7.6K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat remaja lelaki tersebut terjatuh ke dalam kolam.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Lain kali jangan nak menunjuk aksi depan orang ramai, kan dah dapat malu :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: