seismik

"Sejuk Perut" - Mak Terus Tak Jadi Marah Bila Dengar Anak Berzikir Sambil Buat Sepah

Bagus adik ni.

Cover image via @naddy7392 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kanak-kanak yang sedang bermain dan melakukan aktiviti sememangnya dapat memberikan perkembangan otak

Ia juga merupakan salah satu cara mereka untuk membina kreativiti. Walau bagaimanapun, apabila anak membuat sepah, pasti penat ibu bapa nak mengemasnya bukan?

Lain pula dengan video di TikTok ini berkenaan seorang wanita yang tidak jadi marah apabila anaknya membuat sepah sambil berzikir ini telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah: 

Anak susun pinggan dekat ruang tamu sambil berzikir

Menerusi video yang dimuat naik oleh @naddy7392, kelihatan dia sedang merakam anaknya itu membuat sepah di ruang tamu rumah mereka.

Ruang tamu rumah mereka itu, sudah hampir penuh disusun pinggan oleh anaknya. Namun, apa yang mencuri perhatian adalah apabila anaknya itu dilihat berzikir sambil menyusun pinggan. 

Hal ini telah membuatkan dia terus tidak jadi hendak memarahi anaknya menyepahkan rumah. 

"Sebab zikir, projek lulus dik. Boleh tambah periuk mama pula lepas ni" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berasa senang hati melihat budak lelaki itu berzikir walaupun sambil membuat sepah. Malah, ada juga yang mendoakan agar dia menjadi anak yang soleh. 

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 202K views, 16.6K likes dan 610 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:



Image via googleapis.com

Pandai ya adik buat sepah sambil berzikir. Ni taktik tak nak kena marah ke? :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: