seismik

[VIDEO] “Rehearsal Sebelum Raya” - Ayah Ajar Anak Pilih Duit Raya RM50 Ini Curi Tumpuan

Jangan salah pilih.

Cover image via @gp_kage (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Duit raya merupakan item yang paling dinantikan oleh kanak-kanak pada hari raya

Iyalah, siapa sahaja yang tidak suka duit bukan? Kadangkala duit raya ini boleh dikumpul sehingga ratusan ringgit.

Namun, bagi kanak-kanak yang masih kecil mereka tidak mengerti apa itu wang. Selalunya ibu bapa yang akan lebih excited nak menerima.

Seperti video di TikTok baru-baru ini berkenaan seorang lelaki yang mengajar anaknya memilih duit raya telah meraih tumpuan netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

Practice siap-siap pilih duit raya RM50

Menerusi video yang dimuat naik oleh @gp_kage, kelihatan dia sedang mengajar anaknya itu memilih duit raya. Dia memegang duit yang bernilai RM1 dan RM50.

Pada mulanya anaknya itu masih tidak mengerti dan memilih duit yang bernilai RM1. Dia pun terus berpesan kepada anaknya supaya tidak berbuat demikian.

Selepas cubaan kedua, anaknya itu dilihat berjaya memilih duit yang bernilai RM50. "Mantap anak bapak", kata lelaki tersebut dengan bangga.

"Trainlah anak-anak anda menjadi pemilih terbaik sejak daripada boleh berdiri" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi terhadap situasi pilih duit raya tersebut. 

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 704.5K views, 52.1K likes dan 559 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Pandai! Mesti masyuk duit raya anak abang tahun ni :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: