"Dendam Ke?" - Kucing Serang Adik, Tapi Reaksi Kakak Ketawa Besar Ini Pula Dapat Perhatian
Amboi sakan ya gelak!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Adik beradik kebiasaanya akan meluangkan masa bersama sejak daripada kecil
Tidak hairanlah jika hubungan antara adik beradik ini lebih erat berbanding ibu bapa dan kawan-kawan. Mereka ini jugalah yang menjadi sumber ketawa dan tempat untuk berkongsi kesedihan sesama sendiri.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan reaksi seorang budak perempuan yang ketawa besar apabila adiknya diserang kucing telah mendapat perhatian netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kakak gelak tak ingat dunia bila tengok adik kena serang dengan kucing
Menerusi video yang dikongsi oleh @fatimahsites980, kelihatan seorang budak perempuan dan adiknya sedang bermain dengan kucing mereka.
Semasa sedang bermain, kucing itu tiba-tiba menyerang adiknya. Hal ini membuatkan si adik terus menangis.
Namun, apa yang menghiburkan ramai adalah apabila budak perempuan itu tidak risau akan adiknya malah dia boleh pula spontan ketawa besar selepas melihat adiknya diserang kucing.
"Dah terbukti sejak kecil, gelak dulu baru tolong. Maknanya tiada siapa yang ajar" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi budak perempuan itu yang ketawa besar. Malah, ada juga yang risau dengan keadaan si adik selepas diserang kucing itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 3M views, 151K likes dan 6.9K comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!