seismik

"Pintu Kunci" - Mak Gigih Kejut Anak Bangun, Sampai Ramai Gegar Kereta Pun Tak Sedar

Penat puasa ke dik?

Cover image via @zeemangos (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti kita pernah berada dalam situasi dimana sangat sukar untuk mengejutkan seseorang bangun tidur

Gunalah apa cara sekali pun, lenanya masih tidak terusik. Selalunya situasi ini berlaku apabila seseorang itu penat sangat atau dia memang mempunyai tabiat tidur mati. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang budak tertidur dalam kereta yang berkunci telah menarik perhatian ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah:

@zeemangos

Bulan2 puasa ni rasa nak marah tapi kena sabar

original sound - Darling

Tinggal sebentar pergi klinik, anak pula tidur tak ingat dunia

Menerusi video yang dimuat naik oleh @zeemangos, kelihatan seorang kanak-kanak sedang tidur di dalam sebuah kereta yang berkunci.

Ibu dan kakaknya yang berada di luar sudah puas mengetuk tingkap untuk mengejutkannya. Apa yang lebih menghiburkan, terdapat juga beberapa orang awam di situ turut membantu menggegarkan kereta namun lena kanak-kanak itu masih tidak terusik.

Difahamkan, dia ditinggalkan sebentar kerana ibu dan kakaknya itu pergi ke klinik. Pada akhir video tersebut, kanak-kanak itu sudah pun bangun tetapi dilihat masih mamai. 

"Weh pernah jadi dekat aku juga dua hari lepas. Tengah tunggu mak aku dekat parking hospital. Aku tidur dua jam tak sedar langsung. Mak aku call banyak kali tak sedar langsung. Jenuh weh" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi terhadap situasi itu. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman masing-masing tertidur dalam kereta.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 363.9K views, 37.1K likes dan 413 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Buat hal betul adik-adik ni. Nasib baik mak tak sempat panggil bomba tolong pecahkan tingkap tu :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik: