[VIDEO] Ibu Beri Amaran Jangan Solat Laju, Sekali Teknik Slow Motion Terus Anak Bagi
Perlahan betul ni dik.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Solat lima waktu diibaratkan seperti tiang bagi agama Islam
Oleh itu, ibu bapa digalakkan untuk mengajar anak-anak solat seawal usia mereka 7 tahun. Bimbingan yang betul diperlukan supaya mereka dapat berdisplin dalam menunaikan solat.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang budak lelaki solat dengan teknik slow motion selepas ditegur ibunya telah menghiburkan ramai.
Lihat video itu di bawah:
Dengar cakap ibu tak solat laju, tapi 'perlahan' sangat pula
Menerusi video yang dimuat naik oleh @jajaafif, kelihatan seorang budak lelaki sedang menunaikan solat di sebuah rumah.
Ibu budak lelaki tersebut memberi amaran perlu solat semula jika anaknya itu solat dengan laju. Namun, apa yang menghiburkan adalah apabila budak lelaki tersebut dilihat solat dengan sangat perlahan seperti slow motion.
Di ruangan kapsyen, ibunya sempat menyatakan bahawa dia dan suaminya tidak dapat menahan ketawa dengan gelagat si anak.
"Ini kalau terawih 20 rakaat, mahu satu Syawal baru habis dik" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini mendapat sehingga 1M tontonan, 146.9K tanda suka dan 4.7K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat budak lelaki itu solat dengan teknik slow motion.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!