seismik

Tersiku Anak Masa Berlatih Taekwondo, Netizen Pula Komen Kesan Benjol Macam Tanduk Unicorn

Mesti sakit tu.

Cover image via @bbyculll (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Filem genre aksi seperti Ultraman ataupun Spiderman merupakan cerita kegemaran buat kanak-kanak lelaki

Oleh sebab itu, mereka memang tidak boleh lari daripada kelakuan agresif dan suka berlawan. Mereka juga cenderung untuk minat dalam seni mempertahankan diri seperti taekwondo dan silat.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini berkenaan tragedi seorang bapa tersiku kepala anaknya semasa berlatih taekwondo telah meraih perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Baru semangat tunjuk teknik tumbukan, sekali tak sengaja tersiku kepala anak

Menerusi video yang dimuat naik oleh @bbyculll, kelihatan aksi seorang bapa dan anaknya yang sedang berlatih taekwondo di ruang tamu rumah mereka. 

Namun, apa yang melucukan adalah apabila si bapa semangat nak tunjuk teknik tumbukan tetapi boleh pula dia tersiku kepala anaknya. Hal ini membuatkan kepala anaknya benjol teruk. 

"Itu namanya teknik ancaman ya guys" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 17.3M tontonan, 1.6M tanda suka dan 17.7K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat tragedi bapa tersiku kepala anak itu.

Malah, ada juga yang berseloroh mengatakan bahawa kesan benjol tersebut nampak seperti tanduk unicorn.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai, kesian pula tengok dia kena siku. Tapi, maaf tak boleh tahan gelak sebab ada netizen cakap macam tanduk unicorn :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: