"Idea Baru" - Anak Risau Tudung Tak Jadi, Ayah Pula Bijak Buat Awning Guna Face Mask
Terus on point tudung anak!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tudung tak jadi merupakan satu isu yang besar buat wanita berhijab
Sudahlah duduk lama depan cermin tetapi tudung pula masih tak jadi. Perkara ini memang boleh buat bad mood satu hari tau. Penggunaan cover folio memang sangat popular untuk membentuk awning tudung.
Namun, lain pula dengan video di TikTok ini berkenaan seorang ayah menggunakan face mask untuk membentuk awning tudung anaknya telah menarik perhatian netizen.
Lihat video penuh di bawah:
Dah lambat nak ke sekolah tapi tudung pula buat hal
Menerusi video yang dimuat naik oleh @calon_jenazah893, kelihatan seorang ayah sedang menyiapkan anaknya yang sudah terlambat untuk ke sekolah.
Malangnya, tudung anaknya pula tidak menjadi. Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila si ayah bijak menggunakan face mask untuk membentuk awning tudung anaknya itu.
Hasil daripada idea tersebut, tudung anaknya terus nampak cantik dan on point.
"Kawan-kawan saya dulu mereka gunting botol mineral dan masukan dalam tudung untuk buat awning" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memuji idea bijak lelaki tersebut. Malah, ada juga netizen yang berkongsi cara mereka membentuk awning tudung.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 462.7K views, 31.3K likes dan 1.1K comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!