Ayah Buat Kejutan Setelah Sekian Lama Tak Jumpa, Reaksi Anak-Anak Pula Buat Ramai Sebak
Sedihnya tengok reunion ni.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Penularan wabak Covid-19 telah membuatkan ramai yang terpaksa berpisah dengan keluarga tercinta
Anak mana sahaja yang tidak sedih apabila terpaksa berpisah lama dengan ibu atau bapa mereka. Namun, situasi negara kita yang sudah berada pada tahap endemik ini telah mula menyatukan kembali banyak keluarga.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang ayah yang baru pulang dari Singapura membuat kejutan kepada anak-anaknya telah mengundang sebak ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tak tahan rasa sebak sebab gembira sangat setelah sekian lama tak jumpa ayah
Menerusi video yang dimuat naik oleh @sofarshogood, kelihatan seorang ayah yang baru pulang dari Singapura sedang membuat kejutan kepada tiga orang anaknya.
Anak-anaknya yang baru pulang dari sekolah dan berada di tempat kerja itu tidak dapat menahan rasa sebak dengan kejutan itu lalu terus memeluk ayah mereka.
"Menangis tengok video ni. Sudah 10 bulan ayah saya pergi. Hargailah ibu dan bapa ketika mereka masih hidup. Rindu nak peluk" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini mendapat sehingga 3.2M tontonan, 311.2K tanda suka dan 9.7 komen di TikTok, rata-rata netizen turut berasa sebak melihat situasi tersebut. Malah, ada juga yang teringat akan ayah mereka yang sudah meninggal dunia.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Berair mata bila tengok anak-anak dan ayah ni berpelukan. Semoga kedua ibu dan bapa kita dikurniakan umur yang panjang :')
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!