seismik

Terpengaruh Beli Barangan Racun TikTok, Lain Pula Jadinya Bila Hampir Berbuih Satu Kereta

Banyak pula buih tu keluar!

Cover image via @jasmiraa_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Racun TikTok adalah dimana apabila seseorang itu mempromosikan sesuatu barangan dengan niat mempengaruhi orang lain untuk turut membeli

Barangan yang dipromosikan adalah kononnya sesuatu yang dapat memudahkan kehidupan harian kita. Rata-rata pengguna aplikasi itu pasti pernah terpengaruh dengan racun TikTok bukan?

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila seorang wanita membeli air conditioner cleaner kerana pengaruh racun TikTok tetapi lain pula jadinya telah mencuri tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah:

@jasmiraa_

racun tiktok tapi ini jadinya

original sound - puteryjasmira_

Tak sangka pula buih banyak keluar melimpah-limpah bila buka aircond

Menerusi video yang dikongsi oleh @jasmiraa_, kelihatan seorang wanita sedang menunjukkan botol air conditioner cleaner yang dibelinya kerana terpengaruh racun TikTok. Dia pun tanpa ragu telah mencuba air conditioner cleaner tersebut.

Namun, apa yang menghiburkan adalah apabila dia membuka aircond, keretanya tiba-tiba keluar buih yang banyak menerusi lubang aircond itu.

"Hujan batu di negeri orang, hujan buih di dalam kereta" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur apabila melihat buih yang banyak keluar daripada aircond kereta wanita tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 722.3K views, 62.5K likes dan 1.2K comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:


Tak sampai hati nak gelak tapi kelakar. Mungkin air conditioner cleaner tu untuk cuci satu kereta terus kot kak :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: