seismik

"Mudah" - Ini 5 Ciri Khas Aplikasi Waktu Solat Malaysia Untuk Ramadan Yang Lebih Berkah

Boleh dimuat turun menerusi Google Play, Huawei AppGallery dan App Store.

Cover image via freepik & Waktu Solat Malaysia

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kalau anda nak tahu, aplikasi Waktu Solat Malaysia yang dimiliki oleh Media Prima Digital ini merupakan aplikasi mesra pengguna khusus buat Muslim

Aplikasi ini sangat terkenal kerana kecanggihan dan kemudahanya untuk mengenalpasti waktu solat, arah kiblat dan masjid berdekatan di mana sahaja anda berada. 

Malah, kandungan aplikasi ini juga boleh dikongsi oleh aplikasi luar seperti WhatsApp dan Telegram. Ia sangat sesuai digunakan oleh semua peringkat umur.


Bagi membantu meningkatkan produktiviti umat Islam sepanjang menyambut bulan mulia ini, aplikasi Waktu Solat Malaysia tampil dengan lima ciri khas istimewa sempena Ramadan.

Kini, aplikasi Waktu Solat Malaysia akan menghantar notis pada setiap waktu solat bagi memudahkan pengguna menunaikan solat lima waktu tepat pada waktunya. Pengguna boleh menyesuaikan waktu solat dan azan pada bahagian tetapan.

Ramadan juga adalah bulan Al-Quran, jadi marilah kita menggunakan peluang ini untuk membaca Al-Quran sekerap mungkin. Oleh itu, menerusi aplikasi ini yang mengandungi Al-Quran digital, anda sudah boleh membaca di mana sahaja anda berada.

Selain itu, terdapat juga koleksi doa-doa pilihan dan siaran langsung bual bicara agama

Aplikasi ini turut dilengkapi dengan panduan wirid dan zikir yang dibaca selepas solat serta doa selepas solat, doa qunut dan doa azan. Berdoalah untuk diri sendiri, keluarga, sahabat dan ummat.

Aplikasi Waktu Solat Malaysia juga menyediakan kandungan berkaitan Ilmu dan Amalan. Fungsi terbaru iaitu sumber ilmu yang membolehkan pengguna menonton siaran langsung rancangan bual bicara Tanyalah Ustaz dan Halaqah.

Jom share kepada keluarga dan rakan anda tentang 5 ciri khas aplikasi Waktu Solat Malaysia ini!

Jangan lupa juga untuk muat turun aplikasi ini menerusi Google Play, Huawei AppGallery dan App Store.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: