Tema #SeikhlasHati Semarakkan Ramadan Anda Dengan Pelbagai Rancangan Menarik Di TV3 & TV9
Hayati Ramadan, Meriahkan Aidilfitri.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bersempena sambutan bulan Ramadan ini, Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) telah melancarkan kempen Ramadan Raya 2022
Pelancaran kempen yang bertemakan Seikhlas Hati ini membabitkan dua saluran utama iaitu TV3 dan TV9 yang dibuat menerusi siaran langsung program Melodi yang dihoskan Nabila Huda dan Haziq Hussni.
Ia juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran barisan selebriti popular tanah air iaitu Datuk Rosyam Nor, Sharifah Rose, Fedtri Yahya, Mark Adam, Aprena Manrose, Yana Samsudin, Fadzil Zahari, Haziq Hussni dan Kim Hassan.
Tema Seikhlas Hati ini dipilih sebagai peringatan untuk semua pihak agar bersyukur dan reda dengan ujian diberi
Bulan Ramadan khususnya merupakan bulan untuk umat Islam meningkatkan amal ibadah dan memperolehi pelbagai ganjaran dengan sentiasa bersedekah dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan dengan seikhlas hati.
TV3 dan TV9 meneruskan tradisi untuk menyajikan program-program menarik yang merangkumi genre inspirasi & travelog, drama, bual bicara, gaya hidup dan hiburan untuk tatapan penonton sepanjang bulan Ramadan ini. Penonton juga boleh membeli-belah dan membuat persiapan raya dengan tawaran hebat yang disediakan oleh WOWSHOP.
Masih kekal sebagai program yang ditunggu-tunggu, TV3 membuka tirai Ramadan dengan tayangan program travelog, Jejak Rasul : Ulama Pewaris Rasul II
Penonton akan menyertai pengembaraan masa Fedtri Yahya ke zaman Tanah Melayu di mana Raja-raja Melayu dikuasai oleh imperialis Inggeris dan menyaksikan pemimpin alim ulama yang telah mengorbankan nyawa mereka demi mempertahankan kedaulatan serta maruah agama dan bangsa.
Turut disiarkan adalah program Tanyalah Ustaz Seikhlas Hati yang antara lain memaparkan kompilasi episod terbaik termasuk perkongsian menarik mengenai amalan hebat oleh Dai Haziq dan Jalal Zaki.
Program bual bicara yang menjadi tradisi setiap kali Ramadan iaitu Sembang Sahur diteruskan bersama hos, Haziq Hussni, Fatin Hamimah, Fadzly Fuad dan Dayah Bakar. Ia bakal membincangkan pelbagai topik menarik berkaitan Ramadan dan Raya, inisiatif amal dalam segmen Singgah Sahur, serta belajar resipi baharu yang mudah dan cepat dalam bulan Ramadan dalam segmen Jom Masak bersama Cef Fikree dan Cef Naem.
Khas buat kaki drama, TV3 menyajikan barisan drama rantaian popular
Drama bersiri yang paling dinantikan dan dilakonkan oleh pelakon kesukaan ramai iaitu Shukri Yahaya & Siti Saleha (Akasia: 7 Hari Mencintaiku 3), Sharifah Rose & Ali Rezark (Lestary: Do You Love Me, Captain?) Fattah Amin, Fahrin Ahmad, Nelydia Senrose & Fasha Sandha (Samarinda: Khilaf Asmara), Yana Samsudin, Fadzil Zahari & Didie Alias (Menantu Mek Barber), serta Rozita Che Wan, Zain Saidin & Nabila Razali (Azalea: Mem & Bibik-bibik).
Sesuai dengan 'mood' Ramadan yang terkenal dengan pesta juadah, penonton disajikan tiga program menarik iaitu Pesan Makan yang dikendalikan Izzue Islam dan Fizo Omar; Jalan-Jalan Cari Makan serta Apa Nak Masak Ni yang menyaksikan selebriti popular berkongsi resipi juadah berbuka puasa.
Tentu ramai yang tertunggu-tunggu program berjudul Diari Daddy
Program ini menceritakan tentang kisah hidup selebriti dan usahawan berjaya Shuib bersama empat orang anaknya. Suasana semakin gamat dengan program Oh Mummy! Di mana penonton berpeluang untuk meninjau persiapan Hari Raya yang dilakukan oleh Mas Idayu dan anaknya.
Hiburan diteruskan dengan program Akustika Ramadan bersama-sama gandingan hos, Anas Ridzuan dan Achey. Ikuti juga gelagat lucu Ropie, Naim Daniel dan Sarah Suhairi dalam musim baharu Pak Kodi 5G serta animasi Papa Zola.
Di TV9 pula, Datuk Rosyam Nor kembali mengemudikan program bual bicara Sembang Viral Mega yang berdurasi satu jam
Program ini akan mengupas isu yang pernah tular dan dibahaskan dengan penuh ilmu mengikut perspektif Islam secara santai bersama selebriti dan panel ustaz jemputan.
Program lain yang turut mengisi saluran berkenaan adalah Jalan-Jalan Ramadan yang mengisahkan pengembaraan menarik Harris Alif di serata negeri untuk mempelajari tradisi dan keunikan kebudayaan di kampung yang dijelajahi.
Turut disajikan adalah program Pandai Masak Ke Tu? Iaitu pertandingan memasak yang disertai selebriti popular seperti Ara Johari, Khai Bahar, Wany Hasrita, Nabila Razali, Noki K-Clique dan dihoskan oleh Amy Mastura serta ditemani juri Datuk Chef Ismail dan Yatie Kitchen.
Untuk peminat drama, TV9 juga menyediakan pelbagai drama bersiri menarik
Jangan ketinggalan untuk menonton lakonan hebat daripada artis-artis popular tanah air menerusi slot Diandra iaitu Diandra: 30 Hari Sebelum Raya dan juga Jiwa Wanita. Slot Skrin Di 9 juga menayangkan telefilem menarik bersempena dengan bulan Ramadan iaitu Ramadan Tunggu Aku Datang, Seutas Tasbih Dari Madu, Calon Bini Pak Bilal dan Mengejar Lailatulqadar.
TV9 juga turut menyediakan program istimewa buat penonton ciliknya di slot Jaguh Kartun. Saksikan gelagat dua adik-beradik kembar, Mina Mila pada setiap Isnin dan Selasa, pukul 6.30 petang dan Little Ammar pada setiap Rabu dan Khamis, pukul 6.30 petang.
Dengan kerjasama Rangkaian Televisyen Media Prima, WOWSHOP telah melancarkan platform perayaan gaya hidup sehenti “WOW Seikhlas Hati”
Terdapat program istimewa siaran langsung, diskaun segera serta pelbagai tawaran pulangan tunai daripada rakan kongsi berbeza seperti Ambank, Maybank QR Pay, Boost dan Touch N Go.
Ini juga merupakan tahun pertama dimana WOWSHOP mewujudkan kempen atas talian khusus di platform ECMC kami untuk perkongsian 30 hari resipi Ramadan yang ringkas lagi lazat, pelbagai barisan penawaran produk perayaan yang menarik.
Layari www.wowshop.com.my untuk maklumat lanjut atau ikuti secara langsung WOWSHOP di TV3 dan TV9.
Jangan lupa saksikan pelbagai rancangan televisyen menarik sepanjang bulan Ramadan hanya di TV3 & TV9!
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3 & TV9, sila layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia @TV9Malaysia. Gunakan #SeikhlasHati untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial.
Tonton berita penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!