seismik

Baru Belajar Puasa, Sekali Mak Suap Adik Makan Depan Mata Terus Menangis Nak Berbuka

Teringat zaman kanak-kanak.

Cover image via @madambee89 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti yang kita sedia tahu, umat Islam di Malaysia sudah mula berpuasa pada 3 April yang lepas

Bukan sahaja orang dewasa, malah kanak-kanak juga turut berpuasa dengan dorongan oleh ibu bapa. Namun, kanak-kanak pasti mempunyai pelbagai ragam semasa berpuasa bukan?

Seperti video di TikTok yang tular baru-baru ini berkenaan seorang budak lelaki yang menangis ingin berbuka selepas melihat adiknya makan nasi telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Terus berbuka sebab tak tahan tengok adik makan nasi

Menerusi video yang dimuat naik oleh @madambee89, kelihatan seorang wanita sedang menyuapkan nasi kepada anak bongsunya.

Si abang pula yang sedang berpuasa tetapi ternyata situasi itu membuatkan dia tergugat melihat adiknya makan dan terus menangis mahu berbuka. Pada akhir video tersebut, wanita itu dilihat menyuapkan juga nasi kepada anak pertamanya.

"Kecik-kecik dulu memang macam ni. Kalau puasa pun setengah hari atau pura-pura puasa penuh je, padahal rembat makanan dalam peti sejuk" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat budak lelaki menangis nak berbuka itu. Malah, ada juga yang teringat akan zaman kanak-kanak mereka. 

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 886.8K views, 112.0K likes dan 933 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Biasalah tu budak-budak baru nak belajar puasa. Min dulu pun puasa dekat sekolah saja, bila balik rumah terus minta nasi :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: