Gara-Gara Lambat Sangat Tunggu, Rider foodpanda Ini Terus Masuk Dapur Buat Makanan Sendiri
Buat sendiri kan senang!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Lama menunggu makanan siap merupakan sesuatu yang dapat mencabar kesabaran seseorang
Sebenarnya, pekerja restoran bukanlah sengaja lambat menyiapkan makanan. Kadangkala ia berlaku kerana mereka tidak cukup pekerja atau restoran tersebut terlalu sibuk.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan tiga orang rider foodpanda yang menyiapkan sendiri pesanan pelanggan akibat menunggu terlalu lama telah meraih perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Terus masuk dapur sebab tak tahan lebih sejam tunggu makanan siap
Menerusi video yang dimuat naik oleh @syafizat21, kelihatan tiga orang rider foodpanda sedang berada di sebuah restoran.
Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila sudah lebih sejam menunggu, tiga orang rider foodpanda itu terus masuk ke dapur dan membuat sendiri makanan yang dipesan pelanggan.
Salah seorangnya membungkus lauk di hadapan manakala lagi dua orang sedang sibuk membuat air di belakang.
"Weh seriuslah! Selalunya aku tengok sorang saja, ni bertiga pulak haha" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat tiga orang rider itu. Malah, ada juga yang memuji kerajinan mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.2M views, 190.1K likes dan 1.9K comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Punyalah tak nak bagi pelanggan tunggu lama sampai terus bungkus sendiri makanan ya. Idola betul abang-abang foodpanda ni! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!