seismik

“Rasa Nak Berbuka” - Iklan Yusuf Taiyoob Tapi Versi Ais Kosong Ini Jadi Perhatian

Sejuk je tekak tengok.

Cover image via @pit_shafiq (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bulan puasa pasti tidak akan lengkap tanpa iklan kurma oleh jenama Yusuf Taiyoob

Iklan ini sangat popular kerana ia menggunakan suara latar berbisik dalam menyampaikan mesej promosi. Jadi, ramai yang suka mengajuk iklan ini sebagai hiburan. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang lelaki yang mengiklankan ais kosong dengan mengajuk suara latar Yusuf Taiyoob telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Lelaki ini ajuk iklan Yusuf Taiyoob, siap guna suara latar berbisik lagi

Menerusi video yang dimuat naik oleh @pit_shafiq, kelihatan dia sedang merakam sebuah video ais kosong yang nampak sangat mengiurkan. 

Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila dia telah mengajuk suara latar iklan Yusuf Taiyoob sebagai tanda untuk mengusik netizen pada bulan puasa.

Skrip yang lelaki tersebut guna juga seakan-seakan sama seperti iklan Yusuf Taiyoob iaitu berbunyi "keenakkan ais kosong dari peti sejuk....ais kosong."

"Ini sebab bulan puasa tak nak buka TikTok" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 1.3M views, 180.2K likes dan 21.8K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan iklan Yusuf Taiyoob versi ais kosong yang nampak sangat mengiurkan itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Walaupun ais kosong sahaja tapi bulan puasa ni memang nampak sangat menyelerakan ya!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: