"Semua Dua Ringgit Je?" - Pelajar Teruja First Time Masuk Mr. Dollar Ini Bikin Dekah
"Bila keluar jadi RM 200" - Netizen.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kedai Mr. Dollar menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana menjual barangan dengan harga yang murah
Anda boleh dapatkan segala jenis barangan seperti snek, keperluan dapur dan juga alat tulis, semuanya bermula dengan hanya dua ringgit sahaja. Siapa yang tidak suka bukan?
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan keterujaan seorang pelajar yang pertama kali membeli-belah di Mr. Dollar telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Teruja semua barangan hanya dua ringgit, member malu sangat sampai suruh diam
Menerusi video yang dikongsi oleh @keroltoothicc, kelihatan sekumpulan pelajar lelaki sedang membeli-belah di kedai Mr. Dollar.
Salah seorang daripada mereka kali pertama membeli-belah di kedai tersebut. Namun apa yang melucukan adalah apabila dia tidak dapat menahan keterujaan melihat semua barangan hanya berharga dua ringgit.
"Semua dua ringgit je?" jerit pelajar tersebut. Rakan-rakannya di situ jelas malu dengan rekasi 'perak' tersebut sehingga ada yang menyuruh dia diam.
"Iya bang semua dua ringgit je. Kalau satu bakul tu dua ratus ringgit bang" - Netizen*
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 757.8K views, 97.7K likes dan 1.2K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan keterujaan pelajar tersebut membeli-belah di Mr. Dollar.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Teruja betul ya tengok semua barang harga dua ringgit! Tapi memang betul pun, jimat duit student kalau shopping dekat Mr. Dollar ni :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!