seismik

Tumpahkan Air Dalam Lif Tapi Tak Kutip Balik Cawan, Tindakan Gadis Ini Buat Ramai Geram

"Pick up the cup!" - Netizen.

Cover image via @wanita8687 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Common sense bukanlah sesuatu perkara yang asing lagi dalam masyarakat kita

Walaupun kita ingin hidup dalam dunia di mana semua orang berkelakuan baik, akan sentiasa ada individu yang kurang kesedaran atau mementingkan diri sendiri dalam aktiviti yang melibatkan kehidupan seharian.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang gadis tidak mengutip kembali cawan selepas tertumpahkan air di dalam lif telah mendapat perhatian ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Tertumpahkan air sebab terlanggar pintu lif, tapi boleh pula keluar tanpa kutip cup

Menerusi video yang dikongsi oleh @wanita8687, kelihatan rakaman CCTV seorang gadis sedang berjalan untuk masuk ke dalam sebuah lif dengan tangan yang penuh.

Kemudian, dia tidak sengaja terlanggar pintu lif dan membuatkan cup berisi air yang dipegangnya tertumpah. Namun, apa yang mengejutkan netizen adalah apabila dia keluar dari lif tanpa mengutip cup tersebut. 

"Laa, sekurang-kurangnya ambik la buang bekas cawan tu. Adoi awak punya salah kan?" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan perbuatan gadis itu. Malah, ada juga netizen mengecam orang terakhir yang keluar tetapi tidak membantu gadis itu menahan lif. 

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.8M views, 50.5K likes dan 1.9K comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Faham akak tak sengaja tertumpahkan air, tapi at least kutip la dulu cawan tu sebelum keluar ya!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: