seismik

Sendiri Jatuh Tapi Salahkan Abang, Budak Ini Pandai Guna Konsep Perempuan Selalu Betul

"Nasib ada record bukti" - Netizen.

Cover image via @fidaisabell (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Dalam sesuatu pergaduhan, perempuan dilihat mempunyai sikap tidak mahu mengalah berbanding lelaki

Walaupun sudah terang-terangan salah mereka namun pasti ada sahaja idea perempuan untuk menegakkan benang yang basah. Disebabkan ini, masyarakat mewujudkan satu istilah khas buat kaum wanita iaitu "perempuan selalu betul". 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang budak perempuan yang memarahi abangnya walaupun dia sendiri yang jatuh telah mencuri tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah:

@fidaisabell sendiri punya salah, salahkan abg dia pulak dah #fyp original sound - Fida Isabell

Sendiri jalan tak tengok depan, tetapi bila jatuh boleh pula salahkan abang

Menerusi video yang dikongsi oleh @fidaisabell, kelihatan seorang budak perempuan sedang berjalan tetapi tidak memandang hadapan. 

Tiba-tiba budak perempuan tersebut jatuh kerana terlanggar abangnya. Namun, apa yang melucukan adalah apabila dia terus menangis dan menyalahkan abangnya seolah-olah abangnya punca dia terjatuh. 

Perkara tersebut membuatkan para netizen berpendapat bahawa budak perempuan itu walaupun masih kecil tetapi sudah pandai menggunakan konsep "perempuan selalu betul".

"Kami sentiasa betul tau, lelaki kena terima kenyataan sampai bila-bila pun kami sentiasa betul dan anda akan dipersalahkan" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 884.3K views, 54.6K likes dan 1.9K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat budak perempuan itu memarahi abangnya walaupun terjatuh sendiri. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Ya betul dik, memang salah abang! Kan adik tengah jalan tak tengok depan, abanglah sepatutnya elak :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: