seismik

“Sekali Salah Kereta” - Mak Cik Cuba Buka Pintu Tapi Tak Boleh Ini Curi Tumpuan Ramai

Tu bukan kereta mak cik!

Cover image via @john_jebon (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kereta sama, warna pun sama, tetapi kereta yang salah

Pernahkah anda secara tidak sengaja masuk ke dalam kereta yang salah memikirkan itu adalah kereta anda? Atau mungkin anda pernah berada di dalam situasi di mana orang lain yang tersalah masuk ke kereta anda.

Sama seperti sebuah video di laman TikTok ini berkenaan seorang mak cik yang tersalah mahu membuka pintu kereta orang lain telah mencuri tumpuan netizen. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Confuse bila tekan alarm berbunyi tapi nak buka pintu tak boleh, rupa-rupanya tersalah kereta

Menerusi video yang dimuat naik oleh @john_jebon, kelihatan dia sedang merakam dari jauh seorang mak cik yang cuba membuka pintu keretanya.

Mak cik itu kelihatan sangat keliru kerana keretanya berbunyi apabila menekan alarm tetapi dia tidak dapat membuka pintu kereta. Rupa-rupanya, mak cik tersebut telah tersalah kereta.

Apa yang melucukan adalah apabila dia tidak nampak yang sebenarnya keretanya dilindungi oleh sebuah kereta Myvi di belakang.

"Kereta kuning tu salah kenapa block kereta mak cik tu sampai tak nampak" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat situasi di mana mak cik ini tersalah kereta.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 309.1K views, 29.1K likes dan 1.4K comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai, kelakar betul baca komen netizen. Siap ada yang suruh abang tu mengalah bagi kereta dekat mak cik tu lagi :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: