[VIDEO] "Kesian Kawan Lapar" - Warganet Sebak Bila Budak Ini Sanggup Sedekah Duit Belanja
Semoga syurga buatmu, adik.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Memberi itu lebih baik daripada menerima
Pasti ramai yang pernah mendengar kata-kata ini bukan? Membantu orang lain sebenarnya dapat mengurangkan tekanan di samping membawa kepada kebahagiaan dalam kehidupan seseorang.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang budak perempuan yang membantu memberi duit belanja kepada rakannya telah meraih perhatian warganet.
Ibu tanya mana baki duit belanja, sekali terharu bila dapat tahu anak sedekah dekat kawan
Menerusi video yang dimuat naik oleh @ellyemirza, kelihatan seorang wanita sedang bertanya kepada anaknya tentang baki duit belanja yang 'hilang'.
Rupa-rupanya, anaknya itu kesian melihat ada kawannya yang tidak mampu untuk membeli makanan di sekolah.
Kemudian, dia pun memberi baki duit belanjanya bernilai RM5 ringgit itu kepada kawannya. Wanita itu ternyata berasa gembira dan terharu di atas perbuatan baik anaknya.
"Good job mama Pia juga. Saya mengajar budak-budak, saya faham didikkan ibunda yang banyak bagi kesan positif kepada anaknya" - Warganet
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut bangga dan terharu dengan perbuatan baik budak perempuan itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.8M views, 221.7K likes dan 6,600 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Terharu tengok walaupun masih kecil tapi dah pandai bersedekah. Semoga segala kebaikan yang Pia buat dibalas dengan kebaikan juga :')