seismik

Kena Ejek 'Budak Ood' Di Tepi Jalan, Tindakan Gadis Ini Lawan Balik Buat Ramai Puas Hati

Padan muka!

Cover image via @notyourtii (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sejak kebelakangan ini, satu istilah yang dikenal pasti sebagai 'budak ood' telah tular di media sosial

'Budak ood' merupakan bahasa pasar bagi perkataan OOTD yang merujuk kepada Outfit Of The Day. Namun, terdapat segelintir anak muda yang menyalahgunakan istilah ini untuk mengejek seseorang yang berpakaian cantik di tempat-tempat awam. 

Ramai sebenarnya sudah menjadi mangsa ejekan 'budak ood' ini. Hal ini menyebabkan rata-rata pengguna media sosial menyeru supaya perbuatan tidak beretika ini dihentikan.

Baru-baru ini pula, tular sebuah video di TikTok berkenaan tindakan tiga orang gadis membalas balik ejekan 'budak ood' telah mendapat perhatian ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Gadis ini jerit balik "budak rempit" sebab tak tahan kena ejek di tepi jalan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @notyourtii, kelihatan tiga orang gadis sedang mengucapkan selamat tinggal sebelum pulang ke rumah masing-masing.

Tiba-tiba, seseorang yang tidak dikenali telah mengejek dengan memanggil 'budak ood' kepada mereka bertiga di tepi jalan.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila salah seorang daripada mereka membalas balik ejekan itu dengan menjerit "budak rempit, budak rempit, budak rempit". 

"Hahahaha, akak mewakili kami semua!" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen berasa puas hati dengan tindakan tiga orang gadis itu membalas balik ejekan tersebut. 

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 437.4K views, 104.4K likes dan 801 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Yess macam ni yang kita mahukan! Kepada yang suka mengejek 'budak ood', mohon hentikanlah perbuatan ini sebab sangat tidak menghormati privasi seseorang.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: