seismik

[VIDEO] Cuba Lari Sebab Datang Lambat, Sekali Cikgu Panggil Bergambar Depan Orang Ramai

Mimpi ngeri setiap pelajar.

Cover image via @nazimaronxxzazabella (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pelajar datang lambat ke sekolah bukanlah satu perkara yang luar biasa

Jadi, untuk mengelakkan kelakuan ini, cikgu akan memberi denda kepada mereka seperti mencuci tandas atau berlari pusing padang. Hal ini supaya perkara ini tidak akan berulang kembali.

Namun, berbeza pula dengan video yang tular baru-baru ini berkenaan seorang pelajar datang lewat lalu dipanggil bergambar dengan polis bagi program sekolah telah mencuri tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Niat nak lari, tapi boleh pula cikgu panggil bergambar dengan polis

Menerusi video yang dikongsi oleh @nazimaronxxzazabella, kelihatan seorang pelajar perempuan berbangsa Cina yang datang lewat. Pada ketika itu pula, sedang berlangsungnya Program Hari Pertama Sekolah Bersama Ketua Polis Perak. 

Pelajar itu dilihat cuba untuk melarikan diri. Namun, apa yang menghiburkan adalah apabila dia telah dipanggil oleh cikgu-cikgu di situ untuk bergambar bersama Ketua Polis tersebut. 

"Kalau aku memang dah cuak. Kot la kan jadi budak cemerlang datang lambat" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.9M tontonan, 186.9K tanda suka dan 1.5K komen di TikTok, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi apabila melihat situasi pelajar datang lewat ke sekolah itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Paling takut ini jadi kalau datang lewat. Memang cikgu tak sempat marah, tapi malu lain pula yang dapat :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: