seismik

“Raya Pelbagai Perisa” - Ini Antara 8 Kedai Kerepek & Biskut Raya Di Shopee. Jom Serbu!

Banyaknya pilihan!

Cover image via rasa.my & cookpad

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bulan puasa dah tiba dan tidak lama lagi kita akan menyambut Aidilfitri, mesti ramai dah mula mencari kerepek dan juga biskut raya untuk dihidangkan kepada tetamu nanti bukan?

Kerepek dan biskut raya merupakan antara makanan wajib yang perlu ada menjelang hari raya. Tak pernah lagilah apabila kita menziarahi rumah seseorang tapi tidak dihidangkan kerepek atau biskut raya. 

Seperti barangan lain, terdapat pelbagai kedai yang menjual kerepek dan biskut raya secara dalam talian. Kini, anda tak perlu bersusah payah membuat sendiri kerepek dan biskut raya kerana semuanya ada di hujung jari sahaja. Jimat kos dan jimat masa!

Jom lihat antara 8 kedai yang menjual aneka kerepek dan biskut raya di Shopee ini:

1. Kerepek Amanah

Image via Shopee
Image via Shopee

Apa yang best mengenai kedai ini adalah mereka menjual bermacam-macam jenis kerepek. Bukan itu sahaja, muruku, kacang dan keropok mentah juga ada dijual. Pasti anda rambang mata nak memilih.

Klik sini untuk beli.

2. Kerepek Matsuki

Image via Shopee
Image via Shopee

Antara yang bestseller ialah kerepek ubi balado dan kerepek pisang nangka. Selain itu, mereka juga ada menjual snek-snek lain seperti keropok roda kari dan keropok Bika pedas.

Klik sini untuk beli.

3. Pasar Mini Pekan Rabu

Image via Shopee
Image via Shopee

Produk yang paling laku keras di kedai ini merupakan simpulan kasih dan popia gulung. Selain itu, snek seperti rempeyek mini, kerepek bawang, popia pedas dan dodol juga merupakan antara yang menjadi pilihan ramai. Mesti anak-anak suka!

Klik sini untuk beli.

4. Biskut Raya Sinar

Image via Shopee
Image via Shopee

Kedai Sinar ini merupakan jenama yang agak popular. Hal ini kerana, mereka mengeluarkan biskut raya yang berkualiti dan istimewa dengan harga yang berpatutan. Anda boleh dapatkan sebalang biskut raya (33 pieces) dengan hanya RM15.90 sahaja. Best kan?

Klik sini untuk beli.

5. H&Z Cookies

Image via Shopee
Image via Shopee

Kedai ini menjual aneka biskut raya yang menjadi kegemaran kanak-kanak dan juga orang dewasa seperti chocolate chip cookies, bangkit cheese dan brownies cookies. Anda boleh dapatkan biskut raya di kedai ini dengan harga bermula RM 9.38 sebalang (60 pieces). Nampak sedap!

Klik sini untuk beli.

6. Kak Nor Cookies

Image via Shopee
Image via Shopee

Apa yang unik mengenai kedai ini adalah mereka menjual biskut raya yang panas-panas dari oven. Jadi, biskut raya memang rangup dan fresh dibuat setiap hari. Kepakaran kedai ini merupakan biskut Almond London yang rasa sangat premium. Tunggu apa lagi, jom beli!

Klik sini untuk beli.

7. Nurul Cookies

Image via Shopee
Image via Shopee

Apa yang menarik mengenai kedai ini adalah mereka mengeluarkan biskut raya yang dibuat homemade oleh orang kampung. Selain sesuai makan waktu raya, anda juga boleh buat kudapan untuk moreh. Terdapat lebih 50 jenis pilihan biskut raya. Memang wajib beli lebih daripada satu ni!

Klik sini untuk beli.

8. Dapur Ummi

Image via Shopee
Image via Shopee

Dengan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi, kedai ini mengeluarkan biskut raya seperti tart nenas, tart strawberrytart Cadbury dan macam-macam lagi. Jadi, rasanya memang sedap tak boleh bawak bincang.

Klik sini untuk beli.

Jom beli cepat-cepat guys! Takut habis pula stock kerepek dan biskut raya kalau beli last-minute :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: