Gelagat Gadis Ini Berperang Dengan Bapa Saudara Sebelum Masuk Asrama Buat Ramai Terhibur
Pak cik pun sporting!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Setiap pelajar pasti ada drama masing-masing sebelum masuk ke sekolah bukan?
Tidak terlepas juga bagi pelajar asrama yang mempunyai drama tersendiri semasa ingin masuk ke asrama. Maklumlah, nak berpisah lama dengan keluarga tercinta demi menuntut ilmu.
Baru-baru ini, tular sebuah video berkenaan gelagat seorang gadis yang berperang dengan bapa saudaranya gara-gara tidak mahu turun kereta untuk masuk ke asrama telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tak tahan anak saudara banyak songeh, pak cik ini sampai tolong pergi beratur
Menerusi video yang dimuat naik oleh @patehaaa_, kelihatan situasi riuh seorang gadis bersama keluarganya sebelum masuk ke asrama di dalam sebuah kereta.
Namun, gadis itu tidak mahu turun kereta kerana kononnya ingin menunggu kawannya yang belum tiba lagi. Tetapi, bapa saudaranya yang ada di situ pula ingin cepat pulang ke rumah.
Apa yang menghiburkan adalah apabila bapa saudaranya itu terus pergi beratur untuk mencari kawan gadis tersebut di depan pagar sekolah.
"Hahahaha drama best ni terbaik siap pergi cari kawan adik lagi dekat depan gate. Awesome la ada abah macam ni" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini mendapat sehingga 3M tontonan, 287.9K tanda suka dan 1.5 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat gadis itu bersama bapa saudaranya sebelum masuk ke asrama.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!