seismik

Ingat Awek Sado, Rupanya Lelaki Pakai Tudung Sebab Takut Kena Sunburn Ini Curi Perhatian

Dari jauh nampak macam perempuan.

Cover image via @paan_ang (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Negara Malaysia terkenal dengan cuacanya yang panas

Jadi, terkena sunburn bukanlah perkara yang asing lagi. Tambahan pula, mereka yang bekerja setiap hari di bawah panas matahari pasti risau kulit yang asalnya cerah itu bertukar gelap bukan? 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang lelaki yang bertindak memakai tudung kerana tidak mahu terkena sunburn ini telah meraih perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Sekali tengok macam perempuan, rupa-rupanya lelaki sejati

Menerusi video yang dimuat naik oleh @paan_ang, kelihatan seorang individu bertudung yang lengkap menutup aurat sedang bekerja di ladang kelapa sawit. 

Namun, apa yang melucukan adalah apabila sebenarnya individu yang disangkakan perempuan itu sebenarnya seorang lelaki sejati yang berbadan sado. 

Lelaki tersebut memakai tudung kerana tidak mahu kulitnya gelap terkena sunburn semasa bekerja. 

"Yang penting abang pandai matching colour baju dengan tudung" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini mendapat sehingga 2M tontonan, 141.2K tanda suka dan 6.4K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lelaki itu memakai tudung semasa bekerja.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Memang susah nak percaya abang lelaki kalau tak tunjuk gambar sebenar :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: