seismik

“Geng Plastik Merah” - Gelagat Comel Kanak-Kanak Lari Bawa Makanan Ini Buat Ramai Terhibur

Alahai, comelnya perangai.

Cover image via @mohamedaisyah (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Geng plastik hitam merupakan nama yang tidak asing lagi apabila menjelangnya bulan puasa

Geng ini merujuk kepada sekumpulan individu yang tidak berpuasa. Mereka akan senyap-senyap membeli makanan pada waktu siang dan menyorokkannya di dalam plastik hitam. 

Namun, lain pula dengan video di TikTok ini berkenaan gelagat comel sekumpulan kanak-kanak yang lari membawa makanan di dalam plastik merah telah mendapat perhatian ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Lari sambil pegang plastik merah, siap ada yang sembunyikan dekat belakang lagi

Menerusi video yang dimuat naik oleh @mohamedaisyah, kelihatan sekumpulan kanak-kanak yang baru sahaja pulang dari prasekolah.

Apa yang melucukan adalah apabila mereka berlari sambil memegang plastik merah yang berisi makanan seperti membuat kesalahan. Malah, ada juga yang siap menyembunyikan plastik tersebut di belakang badan.

"Comel je diaorang jalan malu-malu bawa bekal" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat comel kanak-kanak itu. 

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 551.7K views, 63.2K likes dan 2.3K comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Comel betul lari sambil pegang plastik. Malu ya tak puasa :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik: