seismik

[VIDEO] "Geng Choral Speaking” - Cara Peniaga Ini Promote Air Di Bazar Raih Perhatian

Kreatif ya cara promote!

Cover image via @ann_catannea (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bazar Ramadan merupakan antara tempat bagi kebanyakan peniaga kecil untuk mencari rezeki

Pasti kita sudah nampak pelbagai idea kreatif mereka untuk menarik pelanggan membeli bukan? Ada yang kreatif dari segi mencipta nama menu dan ada juga yang pandai design poster.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan cara beberapa orang peniaga promote air di bazar Ramadan ini telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Kreatif promote air ala-ala Choral Speaking

Menerusi video yang dikongsi oleh @ann_catannea, kelihatan situasi dimana beberapa orang peniaga sedang meniaga air di sebuah bazar Ramadan.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila peniaga-peniaga tersebut promote air dengan cara yang sangat kreatif iaitu mereka menyanyi ala-ala Choral Speaking.

"Menarik betul idea promote air macam ni. Kalau aku kat situ memang auto nak beli air sebab nak dengar apa benda diaorang cakap" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat cara mereka promote air tersebut. Malah, ada juga netizen yang memuji kreativiti peniaga-peniaga tersebut. 

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 758.6K views, 46.4K likes dan 502 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Terbaik! Terus rasa nak beli air tu sebab tertarik dengar abang-abang Choral Speaking :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: