seismik

[VIDEO] Abang GrabFood Bingung Bila Dapat Order Daripada Customer Rumah Sebelah Restoran

Ingatkan rumah jauh tadi.

Cover image via @haiqalnazhar_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Servis penghantaran makanan seperti GrabFood digemari ramai kerana ia mudah dan pantas

Kebiasaannya ramai yang menggunakan servis penghantaran makanan ini kerana tidak mahu bersusah payah untuk pergi ke restoran yang jauh dari rumah.

Namun, lain pula dengan video di TikTok ini berkenaan seorang abang GrabFood yang menerima order daripada pelanggan yang tinggal di sebelah restoran telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tak sangka ada pelanggan order GrabFood walaupun rumah sebelah restoran

Menerusi video yang dmuat naik oleh @haiqalnazhar_, kelihatan seorang abang GrabFood yang sudah bersiap sedia untuk menghantar makanan ke rumah pelanggannya. 

Namun, apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila rumah pelanggan tersebut betul-betul bersebelahan dengan restoran yang dipesannya.

Abang GrabFood itu pula dilihat begitu bingung memikirkan kenapa pelanggan tersebut tidak mahu keluar rumah dan membeli makanan sendiri.

"Kadang sibuk, itu tak sempat keluar. Aku pun pernah order kedai dekat" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi terhadap situasi tersebut. 

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 415K views, 28.3K likes dan 872 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:


Kita kena bersangka baik mungkin dia busy sangat kot, itu yang tak sempat turun :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: