“Tak Tahu Nak Makan?” - Jom Cuba Seleksi Menu Mentai Rice Ini. Itadakimasu!
Nampak menyelerakan!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Anda sudah bosan dengan makanan Melayu dan teringin nak cuba makanan dari negara lain?
Apa kata cuba makan Mentai Rice. Mentai atau juga dikenali sebagai Mentaiko merupakan makanan khas negara Jepun.
Mentai Rice ini sudah semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia sehingga terdapat pelbagai perisa dan jenis yang telah diubahsuai mengikut cita rasa negara kita.
Makanan ini unik kerana ia mempunyai rasa yang creamy, masam dan pedas. Nak cuba tapi risau dengan status halalnya? Di sini kami sudah senaraikan tujuh jenis kedai Mentai Rice halal untuk anda. Jom cuba!
1. Kuidaore By Miraish
Mentai Rice dari Kuidaore by Miraish ini terkenal dengan rasa mentai yang sangat Malaysian. Tiga menu utama yang menjadi bestseller di kedai ini merupakan Kani Chili Shirmp, Chuka Idako dan Karaage Chicken Mentai Roll. Selain itu, mereka juga menawarkan pelbagai jenis mentai lain seperti Mentai Dimsum dan Mentai Cake. Pasti kenyang sampai esok!
Lihat menu dan review penuh di sini.
2. Sushiqin
Buat penggemar Chuka Idako atau Japanese style octopus boleh la cuba Mentai Rice Octopus dekat Sushiqin ini. Sotong dia memang besar-besar guys! Bukan itu sahaja, Mentai Rice Salmon dan Mentai Sushi pun sedap juga. Dengan kuantiti isi seafood dan sos yang banyak, dijamin puas makan!
Lihat menu dan review penuh di sini.
3. Delish Mentai
Dengan menggunakan resepi special mereka, Delish Mentai menawarkan menu yang lain daripada yang lain iaitu Beef Marinated Mentai, Chicken Katsu Mentai dan Ebi Katsu Mentai. Apa yang lagi best, pelanggan juga boleh add on cili padi untuk rasa mentai yang lebih pedas. Setiap satu suapan memang boleh buat ketagih!
Lihat menu dan review penuh di sini.
4. Sushika
Sushika ini memang sangat famous sebab jual pelbagai perisa sushi yang sangat unik seperti Sushi Satay, Sushi Durian, Sushi Salted Egg dan macam-macam lagilah. Bukan itu sahaja, jenama ini juga popular dalam kalangan selebriti dan influencer. Antara menu mentai atau dikenali sebagai cheesy rice yang ada termasuklah Salmon Cheesy Rice, Beef Cheesy Rice dan Octopus Cheesy Rice.
Lihat menu dan review penuh di sini.
5. Mentaiko4u
Mentaiko4u menawarkan pilihan menu mentai rice yang pelbagai seperti Mentai Chicken, Beef, Shirmp, Chuka Idako dan Salmon. Terdapat juga pelbagai perisa Inari Mentai dan juga Mentai Cake dengan harga serendah RM53. Jika ada ahli keluarga atau rakan-rakan anda yang menyambut hari lahir pada masa terdekat ini, bolehlah hadiahkan mereka Mentai Cake. Mesti seronok dapat makan bersama!
Lihat menu dan review penuh di sini.
6. Mentairaisuuu
Menu-menu seperti Crab Croquette Mentai, Calamari Mentai dan Ebi Tempura Mentai yang disajikan memang nampak sangat menyelerakan. Bagi penggemar seafood memang wajib dapatkan mentai oleh Mentairaisuuu ini. Mereka juga ada menawarkan khidmat self pickup dan delivery, jadi mudah untuk sesiapa sahaja di sekitar Lembah Klang untuk dapatkan mentai rice ini. Bukan ini sahaja, harganya pula di bawah RM20 ringgit. Murah betul!
Lihat menu dan review penuh di sini.
7. Yami Yani Yaki
Anda suka makan mentai rice dengan sos yang banyak? Mentai rice oleh Yami Yani Yaki ini memang untuk anda! Bukan sahaja sos banyak, mereka juga ada add on cendawan enoki dan juga hirisan crabstick untuk rasa yang lebih sedap. Mentai Cake dan Mentai Inari pun ada juga tau. Mentai Cake di hias cantik dan sangat cute. Rasa sayang pula nak makan!
Lihat menu dan review penuh di sini.
Mesti anda terliur tengok bermacam jenis menu mentai rice ini kan? Jom beli sekarang, nanti craving jangan salahkan admin pula ya! :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!